Inspirasi

5 Tempat Yang Boleh Dituju Mualaf

Oleh Faseha Suhaimi  •  13 Dec 2021  •  4 min baca

Apa itu Islam?”

Soalan ini seringkali ditanya oleh mereka yang masih mencari jawapan bagi makna Islam yang sebenar dan bagi mereka yang masih belum menganuti agama Islam. Bahkan persoalan-persoalan mereka adakalanya lebih besar daripada itu berkisar ketuhanan, ketauhidan dan kebajikan mualaf.

Sebagai seorang Muslim, kita mengetahui dan melaksanakan pelbagai ritual dalam Islam seperti ibadah solat, puasa dan sedekah. Namun bila diajukan soalan “apa itu Islam?”, kita juga masih kurang bersedia untuk memberikan jawapan yang tepat tentang Islam.

Justeru, Tzkrh ingin berkongsi kepada anda 5 tempat rujukan bagi membantu mereka yang ingin mengetahui Islam secara lebih lanjut:-

#1 – Hidayah Centre Foundation

Hidayah Centre merupakan satu institusi yang menyampaikan perkongsian berkaitan ajaran Islam kepada masyarakat majmuk dan memperjelaskan salah faham berkaitan Islam, serta menyantuni saudara-saudara baru (mualaf) yang menganuti agama Islam.

Hidayah Centre memiliki 27 cawangan di Malaysia. Menariknya, pengunjung dari negara luar seperti Brazil, Australia, dan Jepun juga ada yang hadir memeluk Islam melalui Hidayah Centre (HC). Kelas-kelas yang dianjurkan juga adalah percuma.

Di sini, Tzkrh sertakan talian yang boleh dihubungi 011-6055 2445/03-4108 9669/03-4107 1754 atau terus ke laman sesawang: https://hidayahcentre.org.my3-4108 9669

#2 – Interactive Dakwah & Tarbiyah Association

Interactive Dakwah & Tarbiyah (IDT) pula merupakan NGO dakwah Islam yang menganjurkan kelas-kelas pengajian, kursus dan latihan secara percuma bagi mereka yang berkehendak untuk mendalami asas kefahaman agama Islam berkaitan akidah, ibadah mahupun fiqh.

Kelas-kelas yang dijalankan tidak terhad dalam Bahasa Melayu sahaja, namun IDT juga menyediakan kelas dalam Bahasa Mandarin. Selain itu, IDT juga menyediakan kelas perbandingan agama dan kaedah pengurusan mualaf agar kebajikan mereka dijaga dengan baik.

Jadual kelas boleh dirujuk di laman sesawang IDT: http://www.dakwah.my/ atau boleh berhubung terus ke talian 018-468 4380

#3 – Malaysian Chinese Muslim Association

MACMA dikenali sebagai Malaysian Chinese Muslim Association atau Persatuan Cina Muslim Malaysia. Ianya ditubuhkan oleh komuniti Cina Muslim untuk menyebarkan dakwah Islam kepada bangsa Cina serta kaum lain secara lebih berkesan. MACMA mempunyai 19 cawangan di seluruh Malaysia.

Antara perkhidmatan MACMA untuk ahli-ahli baru seperti:

  • Kelas fardhu ain
  • Kelas bimbingan lanjutan
  • Menjaga kebajikan dan kesejahteraan ahli
  • Khidmat kaunseling dan sokongan moral
  • Peluang pendidikan lanjutan sepanjang hayat

Kelas-kelas pengajian dan bimbingan dibuat dalam pelbagai bahasa khususnya Bahasa Cina. Selain itu, MACMA juga berperanan sebagai jurucakap bagi komuniti Cina Muslim di Malaysia.

Ikuti perkembangan dan kepelbagaian kelas serta aktiviti dakwah di bawah seliaan MACMA di laman sesawang: http://macma.my/

#4 – Malaysian Indian Revert Muslim Association

Malaysian Indian Revert Muslim Association (MIRA) atau Pertubuhan Muallaf India SeMalaysia telah didaftarkan secara rasmi pada 25 Julai 2017. Objektif penubuhannya adalah untuk mengurus hal ehwal kebajikan dan perkongsian pengetahuan Islam terhadap ahli-ahli baru India Muslim.

Program-program kebajikan dan kelas-kelas pengajian yang dijalankan juga banyak dimuat naik di Facebook dan Instagram rasmi MIRA. Boleh hubungi talian 012-771 7329 untuk bertanya langsung berkaitan aktiviti yang dikelolai mereka.

#5 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merupakan salah satu agensi kerajaan yang menguruskan perihal mualaf. Pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan oleh pihak JAWI antaranya kelas pengajian bagi ahli baru yang memeluk agama Islam.

Selain itu, JAWI juga menyediakan tempat perlindungan dan bimbingan berterusan kepada mualaf dikenali sebagai Kompleks Darul Hidayah di Sentul, Kuala Lumpur. Borang permohonan untuk penyertaan dan kemasukan ada dilampirkan di laman sesawang rasmi JAWI: https://www.jawi.gov.my/

JAWI juga telah membina satu aplikasi MyIslam iaitu platform mudah permohonan memeluk Islam secara dalam talian. Hanya perlu imbas QR Code MyIslam dan ikuti garis panduan yang telah ditetapkan. QR Code  MyIslam boleh didapati di laman sesawang JAWI atau NGO yang terlibat dengan pengislaman serta di pejabat masjid-masjid  yang berada di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Manual penggunaannya juga ada disediakan (sumber: JAWI)

Bagi yang ingin mendapatkan penerangan lanjut, boleh hubungi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI di talian 03 22749333.

Kesimpulan

Ada banyak tempat yang boleh dijadikan rujukan untuk mengetahui hal ehwal Islam secara lebih terperinci termasuklah berkaitan hal-hal kebajikan bagi mualaf seperti JAWI, MAIS, IKRAM, PERKIM, HALUAN dan juga pertubuhan-pertubuhan swasta yang lain.

Jika kita belum mampu untuk menerangkan Islam secara terperinci, sekurang-kurangnya usah meminggirkan persoalan orang yang ingin mengetahui tentang agama Islam. Lorongkan dan halakan mereka ke tempat dan laluan yang benar agar sama-sama kita mengecapi keredaan Allah kelak. Pulangkan kami kepadaMu ya Rabb dalam keadaan Engkau meredai agama kami.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Faseha Suhaimi

Merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sedang berkhidmat dalam sektor swasta dan bergerak aktif dalam kerja sosial MIASA.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami