Salam Aidiladha diucapkan kepada umat Islam sekalian! Tahun ini sekali lagi kita menyambut Aidiladha dalam suasana pandemik yang masih tidak menentu. Sekalipun begitu, Aidiladha yang merupakan hari yang besar dalam Islam turut perlu dirai dengan penuh kesyukuran.
Tidak lengkap jika menyambut hari raya tanpa bersolat sunat. Jadi di sini, Tzkrh menyediakan tatacara solat sunat Aidiladha di rumah yang boleh anda lakukan.
Hukum Solat Aidiladha adalah sunat muakkad.
Sesudah terbit matahari, lebih kurang jam 8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah sebelum waktu Zohor.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian mahupun secara berjemaah, bermakna ia boleh dilakukan di kediaman masing-masing.
Biasanya khutbah raya akan dibaca oleh khatib selepas Solat Sunat Aidiladha
Namun, dalam keadaan kita yang bersolat di rumah kali ini, ia boleh dilaksanakan dengan khutbah atau tanpa khutbah mengikut kemampuan masing-masing.
Secara lebih jelas lagi, tidak disunatkan berkhutbah bagi orang yang mengerjakan sembahyang hari raya sendirian (Fatwa Irsyad Brunei)
Tidak disunatkan juga bagi jemaah perempuan melainkan ada lelaki yang membacakan khutbah untuk mereka. (Fatwa Irsyad Brunei)
Niat Secara Berseorangan
(Usolli sunnatan li ‘Aidil Adha rok’ataini lillahi Taala)
“Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala.”
Niat Bagi Imam
(Usolli sunnatan li ‘Aidil Adha rok’ataini imaman lillahi Taala)
“Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat menjadi imam kerana Allah Taala.”
Niat Bagi Makmum
(Usolli sunnatan li ‘Aidil Adha rok’ataini makmuman lillahi Taala)
“Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat menjadi makmum kerana Allah Taala.”
a. Takbir Pertama
Memulakan dengan bertakbir hari raya oleh imam atau ketua yang melafazkannya.
b. Disambut dengan lafaz takbir yang sama oleh para jemaah.
c. Takbir Seterusnya
d. Disambut dengan takbir semula oleh jemaah
Rakaat Pertama
1. Dimulai dengan lafaz niat Solat Aidiladha, kemudian sebutkan takbiratul ihram (Allahuakbar) disertakan dengan niat di dalam hati.
2. Membaca doa iftitah.
3. Takbir sebanyak 7 kali diselangi dengan ucapan tasbih sebanyak 6 kali.
Setiap kali takbir (Allahuakbar) diikuti dengan bacaan Subhanaallah, wal hamdulillah, wala ilaha illAllah wallahu akbar.
4. Membaca Surah Al Fatihah
5. Membaca Surah lain daripada Al-Quran (disunatkan membaca Surah Al-A’la)
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
1. Takbir sebanyak 5 kali diselangi ucapan tasbih sebanyak 4 kali (takbir tersebut tidak termasuk takbir ketika bangun dari sujud)
Setiap kali takbir (Allahuakbar) diikuti dengan bacaan Subhanaallah, wal hamdulillah, wala ilaha illAllah wallahu akbar.
2. Membaca Al-Fatihah
3. Membaca mana-mana surah daripada Al-Quran (Sunat membaca Surah Al-Ghaasyiyah)
4. Meneruskan rakaat kedua sehingga selesai.
5. Memberi salam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.