Kita berada dalam dunia tanpa sempadan di mana semuanya boleh diakses di hujung jari. Ketik sahaja butang atau taip sahaja kata kunci, anda sudah boleh mendapatkan maklumat yang diingini.
Sama juga dengan penyebaran perkara. Pelbagai platform yang telah wujud untuk memudahkan anda memuat naik sama ada perkara peribadi mahupun pekerjaan.
Bagaimanapun, ia tidak memungkinkan kita untuk menggunakan teknologi dan kemudahan ini dengan sewenang-wenangnya tanpa ditapis.
Ada perkara yang perlu difikir dan ditimbang tara terlebih dahulu akan baik buruk perbuatan tersebut. Ia termasuk dengan penyebaran gambar kematian.
Bagi menjaga sensitiviti agama dan juga dan si mati, Islam melarang umatnya mendedahkan aib si mati.
Menerusi penjelasan yang telah diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menyebarkan gambar kematian di media sosial adalah haram kerana ia bercanggah dengan etika, moral dan juga akhlak Islam.
Hal ini kerana, Islam sangat mengambil berat akan kehormatan diri sendiri mahupun saudara seislamnya.
Maksud: “Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya menceroboh) maruahnya, hartanya dan darahnya.” (HR Muslim, no. 2564)
Imam Nawawi berkata – “Dan disunatkan agar ditutup mayat (ketika memandikan jenazah) daripada orang lain kerana kemungkinan terdapat pada badannya itu suatu aib yang beliau menutupinya dahulu (ketika dia hidup) dan boleh jadi terdapat badannya itu suatu tompokan darah, lalu disangka oleh orang yang melihatnya sebagai suatu hukuman baginya (mayat itu).” (Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/154)
Adab apabila menerima berita kematian adalah dengan mendoakan si mati agar kehidupan seterusnya akan dilimpahi rahmat Allah.
Jika tujuan mengambil gambar adalah untuk kenangan atau bagi melepas rindu suatu masa nanti, ia juga adalah perbuatan yang tidak digalakkan kerana Islam juga melarang umatnya meratap kematian.
Manakala, jika mengambil gambar dengan tujuan memuat naik di media sosial, ia adalah dilarang.
Ia juga adalah untuk menjaga aurat dan aib si mati serta menjaga sensitiviti ahli keluarga sendiri.
Jadi, elakkan daripada mendedahkan gambar jenazah. Jika untuk menghebahkan kematiannya, seeloknya digunakan gambar yang bersesuaian dan yang dijaga keaibannya.
Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.