Gaya Hidup

Antara Nasihat Luqman Tentang Akhlak Yang Dirakam Dalam Al-Quran

Oleh Fizah Lee  •  22 Dec 2020  •  2 min baca

Luqman merupakan seorang wali Allah yang diberi hikmah dan kebijaksanaan dalam ketaatannya kepada Allah.

Walaupun ada sebahagian ulama yang berbeza pendapat dan menganggapnya sebagai seorang nabi kerana namanya dirakam di dalam Al-Quran sebagai surah Luqman. Namun, pendapat yang dipersetujui adalah beliau merupakan seorang wali Allah.

Surah ini adalah surah yang ke-31 dalam Al-Quran dan banyak menceritakan mengenai nasihat terhadap pembentukan akhlak terutamanya untuk anak-anak.

Al-Maraghi berkata – “Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan hikmah kepada Luqman sehingga beliau sentiasa bersyukur dan memujinya dengan limpah rahmat dan nikmatnya yang dikurniakan kepadanya. Ini disebabkan hanya Dia yang berhak mendapat pujian dan disyukuri. Di samping itu juga, Luqman sering melakukan kebaikan kepada manusia.” (Tafsir Al-Maraghi, 11/5366)

Antara nasihat beliau yang dirakamkan dalam Al-Quran adalah;

#1 – Menjauhi Perbuatan Syirik

وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّـهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Mafhum: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.” (31:13)

#2 – Berbakti Kepada Orang Tua

 وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ 

Mafhum: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (31:14)

#3 – Setiap Perkara Yang Baik Dan Buruk Akan Diberi Hukuman

يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّـهُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

Mafhum: “(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya lagi amat Meliputi akan segala perkara yang tersembunyi.” (31:16)

#4 – Dirikan Solat Dan Lakukanlah Kebaikan

 يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ

Mafhum: “Wahai anak kesayanganKu, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.” (31:17)

#5 – Bersikap Tawaduk Dan Merendah Diri

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ 

Mafhum: “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” (31:18)

#6 – Beradab Ketika Berbicara

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

Mafhum: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (31:19)

Banyak lagi sebenarnya nasihat Luqman yang dirakam di dalam Al-Quran. Ia adalah untuk pembentukan akhlak yang murni terutamanya kepada generasi baru.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami