Berita

Tabung Haji Menandatangani Belian Menara VSQ1 Bernilai RM147 Juta

Oleh Fizah Lee  •  21 Dec 2020  •  1 min baca

Lembaga Tabung Haji (TH) telah menandatangani sebuah tawaran pembelian Menara VSQ1 yang berharga RM147 juta daripada Bukit Damansara Development Sdn Bhd.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri melalui pengumumannya menyebut pembelian ini dijangka akan memberi pulangan sebanyak 5.5 peratus.

QSR Brands yang merupakan penyewa utama menawarkan penyewaan jangka panjang bangunan itu yang mempunyai sebanyak 20 tingkat dengan memberi penyewaan secara sepenuhnya.

Kedudukannya yang strategik dijangka memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak yang boleh membantu mengembangkan lagi ekonomi.

Pelaburan ini juga adalah untuk menjana pemilikan aset umat Islam di Tabung Haji sekali gus untuk membantu memudahkan umat Islam menunaikan haji.

Sumber:
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami