Gaya Hidup

3 Pesanan Rasulullah Kepada ‘Uqbah bin Amir Untuk Jalan Keselamatan

Oleh Fizah Lee  •  21 Dec 2020  •  2 min baca

‘Uqbah bin Amir RA merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang amat taat ibadahnya.

Beliau juga merupakan perawi hadis yang masyhur dan dipercayai kerana taatnya ibadah, lisannya yang baik serta faqih (pakar) dalam agama.

‘Uqbah pernah meminta nasihat daripada Rasulullah SAW berkenaan bagaimana untuk dijauhkan diri daripada bahaya serta untuk meraih kesejahteraan di dunia dan akhirat.

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رضي الله عنه قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا النَّجَاةُ؟ قَالَ: امْلِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ، وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ، وَابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ.

‘Uqbah bin Amir RA pernah bertanya kepada Nabi SAW – “Wahai Rasulullah, apakah jalan keselamatan itu?”

Kemudian, Baginda SAW menjawab – “Jagalah lisanmu, tinggallah di rumahmu dan tangisilah dosa-dosamu.” (HR Tirmidzi, no. 22235. Disahihkan oleh Syuaib Al-Arnaut)

Dalam hadis ini, ada tiga perkara yang disebut oleh Rasulullah sebagai jalan keselamatan, iaitu;

#1 – Menjaga Lisan

Lidah adalah senjata yang paling tajam dan boleh mengalahkan mata pedang. Itu yang sering kita dengar mengenai perumpamaan lidah. Tajamnya ia sehingga boleh mengguris hati dan perasaan jika tidak dijaga dengan baik.

Disebabkan itu, kita perlu menghindari diri daripada berkata-kata perkara yang boleh menyakitkan hati serta perkara yang sia-sia seperti mengumpat, memfitnah dan juga berbohong.

Gunakan ia ke arah yang baik dengan menyebarkan kebaikan serta berbicara perkara yang jujur.

#2 – Tinggal Di Rumah

Tinggal di rumah bukanlah bermaksud tidak melakukan apa-apa dan mengisolasikan diri daripada masyarakat.

Namun, tinggal di rumah dengan lebih banyak beribadat kepada Allah serta untuk mendekatkan diri kepadaNya.

#3 – Menangisi Dosa-Dosa

Dalam menjalani hari-hari kita, kadang-kadang kita terlalu leka dengan dunia sehingga kita lupa untuk muhasabah kembali amalan dan hubungan kita dengan Allah.

Jadi, ambil masa dan ruang untuk muhasabah dan jangan malu untuk menangis mohon ampun kepadaNya.

Kesimpulan

Kesejahteraan dan keselamatan boleh datang dalam pelbagai bentuk, sama ada dengan menghindari sesuatu perkara mahupun melakukan sesuatu amalan.

Jadi, raihlah kesejahteraan dengan cara yang terbaik agar ia dapat menjadi benteng untuk diri kita di akhirat kelak.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Konsultasi Syariah – Tiga Pesan Rasulullah
Almanhaj.com – ‘Uqbah bin Amir


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami