Berita

Malaysia Memperkenalkan Konsep Pondokstay Sebagai Pelancongan Mesra Muslim

Oleh Fizah Lee  •  17 Dec 2020  •  1 min baca

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan industri pelancongan dalam bentuk pelancongan mesra muslim melalui pondokstay.

Hal ini adalah bagi memenuhi kehendak pelancong muslim dalam menyasarkan kepada peringkat global.

Ia juga melihat kepada pengusaha pondok, iaitu Yayasan Al-Jenderami di Selangor, Pondok Borakatul Qodiri di Melaka dan Pondok Sungai Durian di Kelantan yang telah memperkenalkan pelbagai bentuk baru dalam usaha mempromosikan kawasan mereka.

Antara inisiatif yang dibawa adalah persembahan silat dan pertunjukan bunga api.

Dato’ Sri Hajah Nancy, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata projek ini akan diambil perhatian mengikut garis panduan yang betul dalam usaha mereka memastikan agar pelancongan berbentuk Islamik dan pondokstay dapat dikomersialkan.

Beliau turut menyebut bahawa ia adalah usaha sama dengan Islamic Tourism Centre (ITC) di bawah Muslim Friendly Tourism and Hospitality bagi menjenamakan pelancongan yang mesra muslim.

Sumber:
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami