Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melancarkan sebuah stesen radio rasminya sendiri yang dinamakan Radio JAWI.
Ia merupakan salah satu inisiatif melalui pelan pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan untuk tahun 2020 sehingga 2024 di dalam teras dakwah.
Selain itu, ia turut menginovasikan sistem penyampaian dakwah melalui media interaktif yang menyasarkan kepada semua golongan.
Untuk peringkat awal, radio ini akan memaparkan tiga segmen menarik, iaitu Jawikan Jiwaku, Selamat Pagi Warga Jawi dan Apa Cerita Warga Wilayah.
Ia juga hanya beroperasi selama satu jam sahaja, iaitu dari pukul 10 pagi pada hari Rabu dan Jumaat.
Anda boleh mengikuti Radio JAWI pada pautan yang disediakan: Radio JAWI
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.