Gaya Hidup, Remaja

Tips Elak Mengantuk Semasa Menjalani Kelas Secara Atas Talian

Oleh Fizah Lee  •  15 Dec 2020  •  2 min baca

Zaman belajar merupakan zaman untuk mahasiswa meraih pelbagai ilmu dan peluang di universiti. Di universiti, masing-masing akan diberi peluang untuk meneroka pelbagai jenis ilmu sama ada yang di luar kelas mahupun yang di dalam kelas.

Namun, perkara tersebut terbatas kerana pandemik COVID-19 yang melanda kita hari ini telah menyebabkan sosial dijarakkan. Kelas hanya berlaku secara atas talian.

Walaupun ia tidak membataskan kita untuk menuntut ilmu, namun auranya tidak sama. Jika belajar secara bersemuka di dalam kelas, masing-masing dapat melihat ragam ahli kelas dan tiada gangguan internet yang melanda.

Namun, suasana kali ini berbeza ditambah pula dengan mereka yang berada di rumah dan perlu menghadap komputer riba atau gajet seharian jika jadual kelasnya yang padat tanpa melakukan pergerakan, ia sedikit sebanyak boleh menghadirkan rasa mengantuk dan bosan.

Jadi, bagaimana untuk menghilangkan perasaan tersebut?

#1 – Sediakan air putih untuk sentiasa membantu anda kekal berjaga. Kandungan oksigen di dalam air putih dapat membantu anda mengurangkan mengantuk berbanding dengan meminum air yang mengandungi gula.

#2 – Jangan tinggalkan sarapan kerana ia membantu membekalkan tenaga untuk memulakan hari anda.

#3 – Sekali sekala, berinteraksi dengan rakan sekelas anda di dalam kumpulan perbualan WhatsApp. Mungkin jenaka daripada mereka boleh membantu anda kekal bersemangat.

#4 – Tukar tempat belajar anda. Jika anda sudah mula rasa bosan atau mengantuk belajar di dalam bilik, boleh tukar belajar di luar rumah atau di ruang tamu. Asalkan ia tidak mengganggu fokus anda serta rutin ahli keluarga yang lain.

#5 – Sediakan snek ringan di tempat belajar anda seperti coklat ataupun buah-buahan.

#6 – Amalkan ulang kaji sepintas lalu topik yang akan diajar pensyarah atau guru anda agar ia boleh memudahkan anda memahami sesebuah topik terlebih dahulu.

#7 – Jika anda seorang yang coffee-lover, boleh mengambilnya dalam kuantiti yang sederhana kerana ia adalah minuman popular yang boleh menghilangkan rasa mengantuk selain air putih. Namun, jangan diambil secara berlebihan, bimbang jika ia boleh mendatangkan mudarat.

Mengantuk adalah sebuah perasaan biasa yang akan hadir terutamanya apabila mempunyai rutin yang sama dalam jangka masa yang lama.

Tetapi, ia boleh dikawal dengan mencuba beberapa tips yang dikongsikan. Jangan dilayan perasaan tersebut kerana adab terhadap guru dan ilmu perlu sentiasa dijaga.

Semoga anda menjadi penuntut ilmu yang diredaiNya!


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami