Oleh Fizah Lee • 9 Dec 2020 • 2 min baca
Kematian adalah sebuah pengakhiran kepada kehidupan manusia di muka bumi. Namun, jangan terlupa akan sebuah lagi fakta tentang kematian, iaitu ia merupakan permulaan kepada kehidupan manusia di alam yang baru, iaitu akhirat.
Umat Islam wajib beriman dan percaya akan kewujudan hari akhirat. Walaupun ia adalah perkara ghaib yang belum dirasakan oleh kita, namun ia akan berlaku ke atas setiap makhluk suatu masa kelak berdasarkan dalil dan riwayat yang disebut melalui hadis dan kalamNya.
Disebabkan itu, untuk memulakan kehidupan yang baru di akhirat kelak, manusia perlu membawa ‘bekalan’ yang mencukupi untuk ‘bertahan’ pada kehidupan baru tersebut.
Jika baik amalannya di dunia, maka seseorang itu akan dimatikan dalam keadaan baik atau disebut sebagai husnul khatimah.
Kematian inilah yang diimpikan oleh setiap manusia. Antara perkara yang diajar untuk menggapai husnul khatimah ialah dengan mengamalkan membaca doa agar Allah mengabulkan permohonan tersebut.
Dalam amalan kita sehari-hari, pastinya kita akan meminta dan berdoa kepada Allah untuk dibantu dipermudahkan segala urusan. Nah, sama juga dengan urusan meminta kematian yang baik.
Antara doa yang diajar adalah berdasarkan yang telah diamalkan oleh Saidina Abu Bakar dan telah diriwayatkan dari Muthallib bin ‘Abdillah;
Maksud: “Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada akhirnya. Dan jadikanlah sebaik-baik amalku pada akhir hayatku dan jadikanlah sebaik hariku pada saat aku bertemu dengan Engkau.” (HR Anas bin Malik, 9/171)
Doa ini ada dicatatkan dalam kitab Musannaf ibn Abi Syaibah yang telah dikarang oleh Abu Bakar Abdillah bin Muhammad bin Abi Syaibah Al-Kufi.
Ia sering diamalkan oleh Saidina Abu Bakar dan dibaca selepas solat bagi memohon agar mendapat pengakhiran yang baik.
Sama-sama kita amalkan doa ini agar mendapat husnul khatimah!
Sumber:
Bincang Syariah
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.