Bersyukur itu bukan hanya ketika anda dilimpahkan nikmat kurnia yang pelbagai, namun bersyukur juga adalah apabila anda sedang ditimpa ujian dan musibah yang berat mahupun sederhana.
Pendek kata, syukur itu perlu dihayati sentiasa. Dengsn syukur, Allah akan menambah kurnia dengan lebih lagi dan melapangkan perjalanan hidup anda dengan lebih mudah.
Walau sekecil-kecil perkara, bersyukurlah kerana ia adalah salah satu latihan untuk mendidik hati kita lebih reda dengan aturan Allah.
Bahkan, Allah menjanjikan pelbagai perkara buat hambaNya yang bersyukur. Antara dalil yang disebut mengenai ganjaran terhadap orang yang bersyukur adalah:
Mafhum: “Dan (ingatlah) ketika tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim, 14:7)
Mafhum: “Maka, kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.” (Surah Al-A’raf, 7:69)
Maksud: “Tidaklah musibah itu menimpa seseorang muslim kecuali dengan Allah akan memberikan keampunan di atas dosa-dosanya.” (HR Bukhari, no. 5640)
Mafhum: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, 40:60)
Dengan bersyukur, hati kita akan lebih mudah tenang dan boleh membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Bersyukurlah walau dengan sekecil-kecil perkara supaya apabila kita mendapat perkara yang lebih besar, kita tidak akan mudah jauh dengan Allah.
#Menuju2021
#PE1H
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.