Eksklusif, Kesihatan

#77 – Amalkan Tips 8M Untuk Permulaan Berhenti Merokok

Oleh Fizah Lee  •  8 Dec 2020  •  2 min baca

Mengapa anda perlu berhenti merokok? Jawapan yang paling tepat dan mudah untuk dijawab adalah kerana ia merupakan aspek penting untuk menjaga kesihatan.

Tahukah anda, kajian menunjukkan bahawa merokok boleh membantu peningkatan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan juga angin ahmar.

Bukan kesan buruk kepada badan sahaja, namun ia juga boleh memberi kesan kepada sekeliling. Banyak kes yang telah dilaporkan bahawa ahli keluarga menderita daripada sebab perokok itu sendiri seperti keguguran janin dan juga kanser paru-paru.

Berhenti merokok akan memberi pelbagai kesan buat diri anda dan juga gaya kehidupan sendiri. Bukan sahaja boleh memberi kesan kepada kesihatan yang baik, bahkan anda juga boleh berjimat dan mengumpul wang.

Namun, berhenti merokok bukanlah mudah terutamanya apabila jika seseorang itu sudah lama terjebak dengan perkara tersebut.

Jadi, sebagai langkah permulaan, apa kata cuba untuk amalkan beberapa tips mudah yang telah dikongsi melalui portal My Health sebagai panduan anda.

#1 – Melengah-lengah keinginan untuk merokok dengan mencipta alasan kepada diri sendiri

#2 – Minum banyak air masak kerana ia boleh membantu mengurangkan keinginan kepada rokok

#3 – Mengehela nafas panjang kerana ia membantu membekalkan oksigen kepada badan

#4 – Melalukan aktiviti yang boleh menggangu keinginan kepada rokok waktu itu seperti membasuh muka, berkumur-kumur atau membaca buku

#5 – Menjauhkan diri dari kumpulan perokok kerana ia boleh membantu mengurangkan pengaruh luaran kepada anda

#6 – Mengunyah gula-gula getah atau makanan yang boleh mengenyangkan anda

#7 – Melakukan senaman seperti amalkan riadah di waktu pagi atau petang dan boleh juga melakukan senaman regangan apabila timbulnya keinginan terhadap rokok

#8 – Mencari sokongan luaran seperti mendapatkan bantuan daripada pasangan anda yang boleh memberi motivasi atau dapatkan tips luaran daripada rakan-rakan yang telah berjaya

Walaupun langkah awalnya kelihatan sukar, namun jika dilakukan dengan perlahan-lahan dan semangat yang cekal, insya-Allah akan dibantu dipermudahkan urusan tersebut.

Yang paling penting adalah letakkan niat berhenti merokok demi menjaga kesihatan anda. Jika niatnya baik, maka yang baik-baik akan mengikuti anda.

Sumber:
MyHealth.gov – Amalkan Cara Hidup Sihat


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami