Ibadah

Doa Yang Boleh Dibaca Untuk Membantu Menyelesaikan Masalah

Oleh Fizah Lee  •  8 Dec 2020  •  2 min baca

Setiap makhluk yang bernyawa tidak akan lari dari masalah kerana ia adalah warna-warna kehidupan yang perlu dicorak.

Masalah itu adalah ujian yang perlu dihadapi dengan hati yang terbuka bagi menjadikan kita sebagai muslim yang sentiasa reda dengan ketentuan tuhan.

Sebagaimana ada sebuah kata-kata yang menyebut – “Sedarlah, tidak ada jaminan bahawa setiap kali selesai hujan akan disambut dengan pelangi. Namun, apa yang pasti adalah keseimbangan alam semesta akan berlaku sebagaimana kehidupan yang diseimbangi dengan tangisan dan tawa.” (Raden Rauf)

Jika kita sentiasa berada dalam zon selesa, pasti keselesaan itu tidak mampu mengajar diri kita tentang bagaimana untuk bertahan apabila diuji dan ditimpa kesusahan.

Disebabkan itu, sedikit demi sedikit tuhan lemparkan masalah kepada manusia untuk belajar mengenai erti kehidupan.

Dan apabila ditimpa ujian, pastinya kita ingin melaluinya dengan hati yang penuh reda dan tenang agar masalah itu dapat diselesaikan dengan lebih baik.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW sentiasa mengajarkan kepada kita untuk memperbanyakkan doa kepada Allah agar setiap masalah kita dapat diselesaikan dengan baik.

Dari Ibnu Umar RA, beliau mendengar Nabi SAW membaca wirid ini ketika pagi dan petang dan beliau tidak pernah meninggalkannya sehingga beliau meninggal dunia:

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ العَفْوَ وَالعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

Maksud: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon ampunan dan terbebas dari masalah di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ampunan dan terbebas dari masalah dalam urusan agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutuplah auratku dan tenangkanlah aku dari rasa takut. Ya Allah! Jagalah aku dari arah muka, belakang, kanan, kiri dan dari atasku dan aku berlindung dengan kebesaranMu agar aku tidak dihancurkan dari bawahku (kalah sewaktu aku sedang penat).” (HR Abdullah bin Umar, no. 659. Disahihkan oleh Al-Arnauth)

Untuk membantu mengurangkan beban di hati dan juga tahap masalah yang ditanggung, amalkan baca doa ini agar segala perkara yang dilalui boleh diselesaikan dengan baik.

Wallahu a’alam

Sumber:
Konsultasi Syariah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami