Aplikasi Muslim Pro yang telah dimuat turun oleh 98 juta pengguna di seluruh dunia hari ini digemparkan dengan berita penjualan data pengguna mereka kepada tentera Amerika Syarikat (AS).
Menerusi laporan yang telah dikeluarkan, data peribadi ini telah dibeli melalui pihak ketiga, iaitu syarikat X-Mode dan Locate-X. Perkara ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna serta ramai pihak.
Laporan juga menyebut, pembelian data ini juga adalah daripada pelbagai aplikasi termasuklah Muslim dating yang dikatakan bertujuan menentang keganasan.
Menurut Komando Operasi Khas AS (USSOCOM), pembelian data itu adalah untuk membantu tentera di luar negara dalam keperluan operasi khas mereka.
Katanya lagi, prosedur serta polisi menjaga privasi, hak asasi dan undang-undang rakyat Amerika Syarikat akan dihormati selepas data dibeli.
Bagaimanapun, buat masa ini, tiada maklumat lanjut yang dikeluarkan oleh pihak Muslim Pro mahupun syarikat X-Mode sendiri.
Sumber:
Motherboard
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.