Ada anak yang boleh bercakap dengan cepat dan ada juga di kalangan mereka yang mempunyai masalah lambat bercakap. Ia bukanlah satu permasalahan besar, namun apabila tidak dirawat, ia boleh menjadi isu yang serius.
Kita mengetahui bahawa perkembangan percakapan setiap kanak-kanak adalah berbeza mengikut anak itu sendiri. Kebiasaannya, mereka akan mula menyebut perkataan pertama mereka pada usia hari jadi pertama mereka sendiri.
Antara perkataan terawal yang boleh disebut ialah mama, papa, susu, no dan beberapa perkataan ringkas lain. Malah, kosa kata ini akan berkembang dengan cepat apabila mereka telah mencapai umur 18 tahun.
Bagaimanapun, buat anak yang lambat bercakap atau mengalami gangguan speech delay, ia boleh membawa kepada masalah lain seperti ketinggalan dalam pelajaran dan juga sukar untuk bergaul.
Antara tanda mereka mengalaminya ialah tidak mula bercakap ketika berusia 18 bulan, sukar untuk memahami arahan yang mudah, tidak melakukan kontak mata dan hanya bercakap menggunakan huruf vokal biasa seperti ah, oh dan sebagainya.
Jadi, menurut pakar, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Selain mendapatkan rawatan daripada pakar, anda juga boleh melakukan beberapa aktiviti yang seronok dengan mereka. Antaranya:
#1 – Melakukan eye contact – Pastikan anak-anak anda bercakap dengan memandang ke arah anda.
#2 – Bermain Knob Puzzle – Berikan mereka permainan yang boleh melatih mereka untuk bercakap. Sebagai contoh, knob puzzle dalam bentuk bergambar agar memudahkan mereka menghafal gambar tersebut dan melatih mereka untuk meminta dan berkomunikasi.
#3 – Gunakan kad imbas – Ini juga hampir sama dengan Knob Puzzle, namun ia lebih menyeronokkan apabila anda mengajar anak anda mengenai hafalan dan juga mempertingkatkan minatnya untuk belajar.
#4 – Pura-pura tidak tahu – Apabila berkomunikasi, pura-pura tidak tahu akan sesuatu perkara dan tanya anak anda mengenainya.
#5 – Bagi bahan bacaan yang menarik – Membaca boleh membantu meningkatkan daya hafalan dan otak anak anda lebih baik. Justeru, beri mereka bahan bacaan yang sesuai dengan usianya seperti buku haiwan, benda dan tumbuhan.
#6 – Ajar anak anda nyanyian – Menyanyi merupakan salah satu aktiviti yang boleh memberi keseronokan kepada anak kecil,
Pilih lagu yang mempunyai kosa kata menarik dan yang membolehkan memahami makna di sebalik kosa kata tersebut.
Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ini juga boleh dilakukan seawal usia perkembangan mereka untuk mengelakkan berlakunya masalah speech delay. Bukankah lebih baik mencegah daripada merawat?
#Menuju2021
#PE1H
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.