Inspirasi

Ketahui 3 Waktu Malaikat Bersama Manusia

Oleh Fizah Lee  •  6 Nov 2020  •  2 min baca

Malaikat adalah makhluk Allah yang diciptakan untuk sentiasa patuh kepadaNya. Ada ramai malaikat dan banyak tugas yang dilakukan mereka, namun yang wajib diketahui hanya 10.

Antara tugas mereka yang sering kita dengar ialah menyampaikan wahyu, menurunkan rezeki, mencatat amalan yang dilakukan manusia dan pelbagai lagi.

Baginda SAW bersabda – “Sesungguhnya, aku melihat apa yang kalian tidak lihat. Aku mendengar sesuatu yang tidak kalian dengar. Langit merintih dan layak baginya untuk merintih. Tidak ada satu ruang selebar 4 jari kecuali di sana ada malaikat yang sedang meletakkan dahinya bersujud kepada Allah.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2312)

Ulama mentafsirkan hadis ini menyebut bahawa bilangan malaikat itu sangat ramai dan tidak mampu dikira dengan bilangan jari. Tetapi, menjadi kewajipan kita untuk beriman dengan kewujudan mereka.

Bahkan, seperti yang kita tahu, di kiri dan kanan manusia juga ada malaikat yang sentiasa mencatat amalan baik dan buruk yang dilakukan.

Tahukah anda, ada tiga waktu malaikat sentiasa ada dengan manusia. Waktu-waktu ini ada diterangkan dalam dalil-dalil sahih, iaitu:

#1 – Ketika Proses Penciptaan Manusia

وَكَّلَ اللَّهُ بالرَّحِمِ مَلَكًا، فيَقولُ: أيْ رَبِّ نُطْفَةٌ، أيْ رَبِّ عَلَقَةٌ، أيْ رَبِّ مُضْغَةٌ، فإذا أرادَ اللَّهُ أنْ يَقْضِيَ خَلْقَها، قالَ: أيْ رَبِّ، أذَكَرٌ أمْ أُنْثَى، أشَقِيٌّ أمْ سَعِيدٌ، فَما الرِّزْقُ،

Maksud: “Allah telah mengutus seorang malaikat untuk rahim, lalu ia berkata: “Ya Allah, ini segumpal darah! Ya Allah, ini segumpal daging!” Ketika Allah hendak menyelesaikan ciptaanNya, ia bertanya: “Ya Allah, ini lelaki atau perempuan? Apakah dia orang yang celaka atau bahagia? Bagaimana rezeki? Bagaimana ajalnya?” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6595)

#2 – Yang Menjaga Manusia

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّـهِ

Mafhum: “Bagi tiap-tiap seorang, ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.” (Surah Ar-Ra’d, 13:11)

#3 – Yang Mencatat Amal Manusia

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ
كِرَامًا كَاتِبِينَ

Mafhum: “Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu).” (Surah Al-Infitar, 8:10-11)

Rujukan:
Konsultasi Syariah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami