Mandi hadas besar adalah wajib ke atas setiap umat Islam untuk menyucikan diri dari hadas besar. Ibadah (wajib) yang dilakukan dalam keadaan seseorang yang tidak suci daripada hadas besar, maka tidak sah ibadahnya.
Antara syarat fardu bagi mandi wajib adalah berniat, menghilangkan najis yang ada pada badan dan meratakan air ke seluruh badan.
Sunat untuk berwuduk sebagaimana wuduk yang di ambil untuk menunaikan solat sebelum mandi wajib. Ia adalah sunnah yang dilakukan oleh Baginda SAW.
Namun, selepas selesainya mandi wajib dan seseorang itu ingin menunaikan solat, adakah wajib ke atasnya untuk mengambil wuduk lagi sekali atau boleh sahaja menggunakan wuduk daripada mandi wajib tersebut?
Dalam hal ini, jumhur ulama berpendapat bahawa wuduk tersebut boleh digunakan untuk melakukan ibadah-ibadah seterusnya.
Jadi, tidak perlu memperbaharui wuduk (selagi wuduk masih ada) untuk melakukan ibadah sama ada yang sunat atau wajib.
Hal ini juga berdasarkan kisah yang pernah terjadi yang pernah diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah RA:
Maksud: “Baginda SAW selepas mandi (mandi hadas), lalu Baginda menunaikan solat sunat dua rakaat. Aku tidak melihatnya berwuduk lagi setelah mandi.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 250)
Hal ini juga merujuk kepada keadaan mandi hadas itu sendiri adalah untuk menyucikan diri daripada hadas besar, jadi apabila selesainya mandi hadas, maka seseorang itu sudah dikira bersuci.
Jadi, boleh sahaja untuk melakukan ibadah wajib dengan wuduk yang sama daripada mandi hadas tersebut.
Wallahu a’alam.
Rujukan:
Konsultasi Syariah
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.