Pelan Efisien 100 Hari
Madu merupakan salah satu makanan sunnah dan mempunyai banyak khasiat. Ada beberapa kajian yang telah dilakukan untuk mengkaji mengenai kelebihan madu kepada kesihatan.
Hasil kajian daripada Universiti Zagreb di Croatia menunjukkan bahawa madu lebah kaya dengan bahan aktioksidan yang berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas yang boleh bertindak ke atas sel-sel badan yang mengakibatkan kanser.
Selain itu, ia juga boleh bertindak sebagai antibiotik yang boleh menembusi sistem pertahanan kuman sekali gus mencegah pembiakan dan jangkitan kuman.
Dan di dalam Al-Quran sendiri, Allah telah berfirman mengenai lebah yang telah diberi ilham untuk membuat sarangnya.
Mafhum: “Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.” (Surah An-Nahl, 16:68)
Jadi, untuk pelan kali ini, Tzkrh ingin berkongsi kepada anda bila waktu yang sesuai untuk pengambilan madu.
#1 – Di Awal Pagi – Ambil ia dengan segelas air suam untuk membantu memberikan tenaga kepada anda.
Pagi ialah waktu yang sesuai untuk membantu meningkatkan paras tenaga anda dan menjadikan anda kekal aktif sepanjang hari.
#2 – Pada Waktu Petang – Apabila petang, tenaga seseorang sudah mula menurun kerana ia sudah digunakan sepanjang hari.
Jadi, untuk mengembalikannya, ambil satu sudu madu . Ia juga boleh menggantikan snek atau minum petang untuk jadikan dalaman anda sihat.
#3 – Malam Sebelum Tidur – Pakar kesihatan mengesyorkan pengambilannya pada waktu malam kerana ia boleh mengelakkan anda lapar serta terjaga dari tidur.
#4 – Minum Madu Ketika Sakit – Terutamanya ketika anda sakit demam atau mengalami batuk, ia boleh membantu melegakan sakit yang dialami.
Banyak kelebihan yang boleh dirasai oleh badan anda jika anda mula mengamalkan pengambilan madu.
Untuk kesan yang lebih efektif dan baik, anda boleh cuba makan madu yang asli kerana khasiatnya berbeza sekali dengan madu yang campuran.
Sumber:
Best Time To Eat Honey
#Menuju2021
#PE1H
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.