Berita

COVID-19 – Saranan Melakukan Solat Hajat Di Masjid Dan Surau

Oleh Fizah Lee  •  7 Oct 2020  •  1 min baca

Bermula hari ini, semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran untuk menunaikan solat sunat hajat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail berkata, solat sunat hajat ini disaran dilakukan selama tiga hari berturut-turut bermula pada 7, 8 dan 9 Oktober 2020.

Ia akan dilakukan selepas menunaikan solat fardu Maghrib dan bertujuan untuk berdoa bagi meminta perlindungan dan mengekang penularan COVID-19 ini.

“Marilah kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT sentiasa melindungi negara Malaysia tercinta daripada wabak merbahaya ini.” -Mohd Ajib Ismail-

Sumber:
JAKIM


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami