Anda pernah dengar mengenai tiga perkara yang tidak boleh ditangguhkan? Ia adalah solat, pengurusan jenazah dan juga perkahwinan.
Diceritakan bahawa ia adalah salah satu hadis yang telah dipesan kepada Ali bin Abi Talib.
Namun, ada beberapa pandangan jumhur berkenaan dengan status hadis ini. Sebelum itu, kami bawakan kepada anda nukilan lengkapnya;
Maksud: “Wahai Ali, tiga perkara jangan engkau lewatkan. Solat jika ia telah masuk. Pengurusan jenazah jika telah datang kematian dan mengahwinkan seorang anak perempuan jika jumpa yang sekufu.”
Jumhur ulama menyebutkan bahawa hadis ini adalah hadis yang lemah. Imam Tirmizi menyebutkan melalui Jami’ al-Tirmizi bahawa ia adalah hadis yang gharib (diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja) dan sanadnya tidak bersambung.
Syeikh Syu’aib al-Arnauth melalui Musnad Ahmad menyebut bahawa sanad yang ada dalam hadis ini adalah daif (lemah) kerana ada seorang perawi yag tidak diketahui asalnya. Beliau adalah Said bin Abdullah al-Juhani.
Justeru, melihat kepada pandangan yang telah diberikan Mufti Wilayah, hadis ini dinilai sebagai hadis daif (lemah) kerana wujudnya seorang perawi yang dipertikaikan, iaitu Said bin Abdullah al-Juhani.
Walau bagaimanapun, maksud kepada hadis ini adalah sahih. Jumhur ulama menyebutkan bahawa ia mempunyai maksud yang baik dan boleh diambil pengajaran.
#1 – Solat di awal waktu
#2 – Jangan melewatkan pengebumian jenazah
#3 – Berkahwin apabila telah bertemu pasangan yang sesuai dan baik akhlaknya
Wallahu a’alam
Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.