Oleh Natirah Azira • 29 Sep 2020 • 4 min baca
“Dari Abu Hurairah bahwa Nabi saw. bersabda: “Jauhilah hasad (dengki), karena hasad dapat memakan kabaikan seperti api memakan kayu bakar.” (HR Abu Dawud).
Menurut Syeikh Musthafa Al-‘Adawi hafizahullah, hasad adalah menginginkan hilangnya nikmat yang ada pada orang lain.
“Hasad adalah menginginkan hilangnya nikmat yang ada pada orang lain.” (At-Tashiil li Ta’wil At-Tanziil Juz ‘Amma fii Sual wa Jawab, hlm. 720)
Biasa watak-watak hasad dengki sebegini sering kita lihat dalam drama di kaca televisyen, namun tidak mustahil ada antara kita pernah berjumpa dengan orang yang sebegini di dunia nyata. Dalam masyarakat Melayu, ia sering disebut sebagai hasad dengki.
Menurut Syeikh Musthafa Al-‘Adawi, penyakit hasad ini mempunyai beberapa tingkatan antaranya:
Orang yang berada pada tahap ini, dia hanya ingin melihat nikmat pada orang lain hilang biarpun tidak berpindah padanya. Hatinya tidak tenang selagi mana nikmat tersebut masih dirasai oleh orang yang dia dengki.
Seharusnya setiap orang memperhatikan bahwa setiap nikmat sudah pas diberikan oleh Allah pada setiap makhluknya sehingga tak perlu iri dan hasad. Allah Ta’ala berfirman,
Bukankah Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah An-Nisaa’ 4:32)
Contohnya ada wanita yang sudah menjadi tunangan orang, manakala orang yang mempunyai hati yang hasad inginkan wanita tersebut memutuskan hubungan dengan pasangannya dan menjadi miliknya.
Lebih teruk lagi dia mula mengusahakan perbuatan buruk seperti mengganggu perhubungan mereka sehingga wanita tersebut menjadi miliknya.
Dalam peringkat yang ketiga ini, seseorang itu tidak berhasrat kepada nikmat orang lain, tetapi dia ingin orang itu tetap berada pada taraf yang rendah. Jika orang tersebut miskin, dia tetap mahu orang itu tetap dalam kemiskinannya. Hal sebegini juga dikira sebagai hasad kerana dia tidak mahu orang lain menjadi lebih baik.
Hasad jenis ini juga akan membuatkan seseorang mudah merendahkan dan meremehkan orang lain.
Jika keadaan orang yang didengki itu biasa sahaja seperti dirinya, maka dia ingin orang itu kekal dalam keadaan itu. Sama-sama susah seperti dirinya. Jika dia seorang yang miskin dan sakit, maka dia ingin orang lain menjadi miskin dan sakit seperti dirinya.
Jika keadaan orang lain lebih darinya, barulah dia hasad dengan menginginkan nikmat orang lain hilang sehingga sama sahaja taraf dengan dirinya yang serba kurang.
Hasad jenis inilah yang disebut dengan ghib-thah sebagaimana terdapat dalam hadis yang masyhur di bawah:
Dari ‘Abdullah bin Mas’ud R.anhu ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak boleh hasad (ghibtoh) kecuali pada dua orang, iaitu orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu ia infakkan pada jalan kebaikan dan orang yang Allah beri kurnia ilmu (Al-Qur’an dan As-Sunnah), ia menunaikan dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari, no. 73 dan Muslim, no. 816)
Inilah maksud berlomba-lomba dalam kebaikan, iaitu bukan berlumba untuk mendapatkan nikmat keduniaan secara kosong semata-mata tetapi memandang lebih jauh, iaitu bagaimana untuk menggunakan nikmat seperti ilmu dan harta tersebut ke jalan kebaikan.
“Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba.” (Surah Al-Muthaffifin 83: 26)
Kelima-lima jenis ringkasan tentang penyakit hasad ini adalah dari Fiqh Al-Hasad karya Syaikh Musthafa Al-‘Adawi hafizhahullah.
Secara ringkasnya, jauhilah jenis-jenis hasad yang dilarang yang boleh membawa kepada dosa serta perpecahan. Bukankah Allah telah menetapkan setiap daripada kita rezeki dan bahagiannya masing-masing. Suatu nikmat yang telah ditetapkan buat kita oleh Allah tidak akan dapat dirampas oleh sesiapa pun.
Sumber rujukan:
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.