Gaya Hidup

Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Menerima Pujian

Oleh Natirah Azira  •  25 Sep 2020  •  2 min baca

Kata orang, pujian boleh membuatkan hati menjadi bersemangat dan ada kala boleh juga membuatkan hati terleka. Mengapa tidak, jika pujian itu berpada setelah kita melakukan sehabis daya usaha, maka ia boleh menjadikan kita lebih bersemangat untuk hal yang seterusnya.

Namun awas, jika terlalu berlebihan, pujian boleh bertukar menjadi perkara yang tercela apabila hati mengharap-harap pujian orang. Dalam masa sama kita mungkin tidak sedar bahawa ia dapat mencalar keihklasan. Niat yang pada awalnya ikhlas dan jujur tidak mustahil bertukar menjadi tidak ikhlas.

Mungkin ada masanya pujian diterima secara tiba-tiba apabila kita melakukan kebaikan atau menolong orang, dalam keadaan perkara yang boleh dilakukan adalah membaca doa ini bagi melindungi rasa ikhlas.

ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻻَ ﺗُﺆَﺍﺧِﺬْﻧِﻲْ ﺑِﻤَﺎ ﻳَﻘُﻮْﻟُﻮْﻥَ، ﻭَﺍﻏْﻔِﺮْﻟِﻲْ ﻣَﺎ ﻻَ ﻳَﻌْﻠَﻤُﻮْﻥَ ‏ ﻭَﺍﺟْﻌَﻠْﻨِﻲْ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻤَّﺎ ﻳَﻈُﻨُّﻮْﻥَ

“Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku kerana apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka perkirakan.” (Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad)

Orang yang memuji mungkin hanya mengenal sebahagian daripada diri kita dan apa yang tampak di mata. Namun kitalah yang benar-benar mengetahui diri sendiri.

Bila orang memuji dan menyebut hal-hal yang baik tentang diri kita, itu bermakna Allah telah menutup aib, dosa serta kelemahan yang mungkin ada dilakukan. Justeru, berdoalah agar Allah mengampunkan dosa yang ada dan pohonlah agar Allah menjadikan kita lebih baik daripada apa yang diucap dan dipuji orang.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami