Ibadah

“Sesiapa Yang Meninggalkan Sesuatu Kerana Allah, Akan Digantikan Dengan Lebih Baik”

Oleh Fizah Lee  •  24 Sep 2020  •  2 min baca

Ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan yang bermaksud – “Sesungguhnya, jika engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan memberi ganti kepadamu dengan yang lebih baik.” (Hadis Riwayat Ahmad, 5:363)

Hadis ini dinukilkan sahih oleh Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali dan Syeikh Syu’aib Al-Arnauth.

Apa yang dimaksudkan dengan hadis ini? Ulama membahaskan bahawa ia membawa pengertian yang cukup besar.

Manusia yang memilih untuk meninggalkan sesuatu kerana Allah, maka Allah akan memberikan ganjaran yang besar buatnya.

Meninggalkan sesuatu itu membawa maksud meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa dan maksiat atau apa sahaja untuk menjadikan seseorang itu lebih baik.

Hidup Sepatutnya Menjadikan Anda Lebih Baik

Setiap hari, kehidupan kita sepatutnya menjadikan kita seorang manusia yang lebih baik. Jadikan hidup kita sebagai sebuah perjalanan menuju tuhan.

Jadi, kehidupan itu boleh disinonimkan dengan sebuah perjuangan. Jika kita selesa dengan kehidupan yang dilalui, namun ia tidak membawa hati kita kepada tuhan, maka itulah yang perlu diperbaharui.

Sebagai contoh, jika peniaga meninggalkan perbuatan yang haram dalam jual belinya, maka Allah akan memberikan keberkatan kepada dirinya dan keberkatan inilah yang akan sentiasa mencukupkan rezekinya.

Maksud: “Dua orang penjual dan pembeli, masing-masing memiliki hak untuk memilih selama keduanya belum berpisah. Bila keduanya berlaku jujur dan saling terus terang, maka keduanya akan memperoleh keberkatan dalam transaksi itu. Sebaliknya, jika berlaku penipuan, nescaya hilanglah keberkatan bagi mereka pada urusan tersebut.” (Hadis Muttafakun ‘alaih)

Sesiapa yang meninggalkan sifat sombong dan memilih untuk merendah diri serta tidak angkuh, Allah akan meninggikan darjatnya. Sebagaimana hadis yang disebut;

Maksud: “Tidaklah seseorang memiliki sifat tawaduk kerana Allah melainkan Allah akan meninggikan darjatnya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2588)

Kesimpulan

Bukan mudah untuk memilih jalan yang diredai Allah dengan meninggalkan perkara yang mungkin sudah menjadi tabiat diri, namun anggap ia sebagai sebuah perjuangan dan salah satu pengalaman buat anda.

Dengan itu, Allah akan sentiasa membantu memudahkan jalan anda menujuNya.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami