Gaya Hidup

Dibelenggu Masalah Hutang? Ini Doa Yang Boleh Dibaca

Oleh Fizah Lee  •  20 Sep 2020  •  2 min baca

Pernah tak terfikir bahawa anda akan terlibat dalam hutang-piutang? Sama ada ia dengan organisasi yang berdaftar mahupun dengan saudara mara atau rakan taulan?

Ada orang yang berhutang untuk membantu memudahkan urusannya dalam pengajian, ada yang berhutang untuk membantu memudahkan urusan kehidupannya dan pelbagai lagi.

Semua itu dibolehkan selagi mana ia tidak memudaratkan diri sendiri. Yang paling penting adalah jangan berhutang semata-mata ingin menunjuk atau tampak mewah hakikatnya kehidupan anda berbeza.

Itulah perkara yang ditegah. Berhutang itu adalah apabila perlu dan bukannya secara suka-suka. Dan, apabila kita telah berhutang, kita perlu meletakkan usaha untuk membayarnya.

Kadang-kadang kita akan rasa tertekan jika hidup dibelenggu hutang. Tekanan hutang ini boleh menyebabkan diri berasa serabut terutamanya jika keadaan kewangan masih belum stabil untuk membayarnya.

Namun, apa yang boleh dilakukan adalah sabar dan meminta kepada Allah agar dipermudahkan urusan untuk membayarnya.

Ada sebuah doa yang pernah diajar oleh Baginda SAW untuk diamalkan agar sentiasa dicukupkan rezeki dan dipermudahkan urusan membayarnya.

Dari Ali RA, ada seorang budak yang berhutang kepada tuannya yang ingin memerdekakan dirinya dan dia mendatangi Ali dengan berkata:

أَلاَ أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيْهِنَّ رَسُوْلُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ، لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلٍ دَيْناً أَدَّاهُ اللهُ عَنْكَ ؟ قُلْ : (( اللَّهُمَّ اكْفِني بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksud: “Aku tidak mampu membayar hutang pembebasan diriku, maka tolonglah aku.” Ali pun berkata: “Mahukah kau aku beritahukan beberapa kalimat yang telah Baginda SAW ajarkan kepadaku jika engkau mempunyai hutang setinggi gunung, maka Allah akan memudahkan untuk melunasinya? Ucapkanlah dia ini:

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram dan cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari bergantung pada selainMu.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 3563. Dinukilkan sahih oleh Syeikh Salim bin ‘ied al-Hilaliy)

Kesimpulan

Hadis ini dinukilkan oleh jumhur ulama. Jadi, buat anda yang sedang dibelenggu masalah hutang, boleh diamalkan doa ini untuk membantu memudahkan urusan.

Bukan itu sahaja, doa ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja agar rezekinya sentiasa dicukupkan.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami