Kalau ada doa selepas azan, wujudkah doa selepas iqamah? Pernahkah anda tertanya mengenai perkara ini?
Doa selepas azan itu adalah sunnah yang perlu dibaca. Ia tidaklah wajib namun membacanya boleh memberikan ganjaran pahala buat anda.
Malah, antara azan dan iqamat juga merupakan waktu yang mustajab untuk berdoa. Maka, mintalah dengan apa jua doa yang diingini.
Hukum iqamat pula merupakan sunat muakkad dan sebagai pemberitahuan kepada muslim yang telah sampai ke masjid untuk bersiap sedia menunaikan solat.
Berkenaan dengan doa selepas iqamat, beberapa ulama mempunyai perbezaan pendapat, iaitu;
Ulama dari mazhab Syafi’e mengatakan bahawa sunat untuk dibaca doa selepas iqamat sama dengan doa yang dibaca selepas azan.
Ia juga merupakan pandangan dari Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar Al-Haitami dan Imam Khatib As-Syarbini.
Imam Ibn Qudamah pula mengatakan bahawa sunat berzikir apabila mendengar iqamah.
Menurut kepada pendapat Imam Mardawi dari Mazhab Hanbali, tiada doa yang disunatkan untuk dibaca.
Namun, boleh sahaja membaca dengan apa-apa doa yang dirasakan sesuai selepas iqamah. Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Imam Ahmad yang akan berdoa selepas iqamah.
Melihatkan kita yang mengikut kepada Mazhab Imam Syafi’e, maka disunatkan berdoa dengan doa yang sama selepas azan.
Tetapi, boleh juga untuk berdoa dengan apa-apa doa atau zikir yang diingini dan sesuai.
Wallahu a’alam.
Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.