Ibadah

Hukum Tolak-Menolak Menjadi Imam Solat

Oleh Natirah Azira  •  17 Sep 2020  •  2 min baca

Antara syarat seseorang itu menjadi imam bagi solat jemaah adalah yang diketahui baik bacaannya berbanding orang-orang yang diimamkan. Ini kerana bacaan yang salah seperti bacaan Al-Fatihah akan memberi kesan kepada sah atau tidak solat seseorang.

Biasanya apabila bukan pada waktu solat fardu berjemaah di masjid yang telah mempunyai imam yang dilantik, akan ada orang-orang yang akan ‘ditolak’ menjadi imam bagi mengetuai solat.

Saya masih ingat, dahulu sewaktu di universiti, apabila kelas habis lewat dan solat berjemaah bersama imam masjid telah lama berlalu, maka akan ada rakan-rakan yang saling tolak-menolak untuk memilih imam.

Ia juga tidak mustahil berlaku ketika hendak menunaikan solat di tempat kerja atau ketika kita berhenti solat dalam musafir. Tolak menolak di sini bukanlah berkasar secara fizikal tetapi apabila disuruh akan ada yang saling menolak dan menyuruh yang lain.

Setakat usaha kami menyemak, tidak ada hadis yang menceritakan bahawa ada hukum tertentu bagi orang yang menolak menjadi imam sedangkan dia lebih arif, tetapi dalam hal ini, orang yang menolak telah menyelisihi sunnah yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW iaitu,

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ

Yang menjadi imam bagi sesuatu kumpulan ialah orang yang lebih pandai membaca al-Quran...” (Riwayat Muslim, no.613)

Bahkan dalam satu hadis lain daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ عَلَى كُثْبَانِ المِسْكِ ـ أُرَاهُ قَالَ ـ يَوْمَ القِيَامَةِ: عَبْدٌ أَدَّى حَقَّ اللَّهِ وَحَقَّ مَوَالِيهِ، وَرَجُلٌ أَمَّ قَوْمًا وَهُمْ بِهِ رَاضُونَ، وَرَجُلٌ يُنَادِي بِالصَّلَوَاتِ الخَمْسِ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ

Maksudnya: “Tiga golongan yang akan berada di atas bukit al-misk (kasturi) pada hari Kiamat: Hamba yang menunaikan hak Allah dan juga hak tuannya, seorang lelaki yang memimpin (mengimami) sesuatu kaum dan kaum tersebut redha kepadanya dan seorang lelaki yang selalu memanggil (melaungkan azan) untuk solat lima waktu pada setiap waktu iaitu siang dan malam”. (Riwayat al-Tirmizi, no.1986 dan 2566 – Imam al-Tirmizi menilai hadis ini sebagai hasan gharib)

Tuntasnya, dalam hal ibadah, seseorang itu hendaklah menyemak kemampuan diri untuk menjadi imam. Jika dia maklum bahawa dirinya lebih baik dalam bacaan Al-Quran berbanding orang lain, maka tidak salah dia menyahut suruhan menjadi imam, berbanding dia menyuruh orang lain yang mungkin lemah bacaannya.

Tidak perlu berasa rendah diri atau tidak yakin kerana orang yang mencadangkan juga sudah tentu mempercayai kemampuan dirinya. Di samping itu, tambahlah pengetahuan dan ilmu serta perbaikilah bacaan dan usaha menghafal surah-surah pendek yang boleh dibaca dalam solat.

Rujukan:

Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami