Oleh Natirah Azira • 18 Sep 2020 • 2 min baca
Azan adalah seruan kepada semua umat Islam supaya sujud kepada Allah bagi mendirikan solat fardu. Hukum menjawab azan adalah sunnah yang dituntut.
Ketika azan dilaungkan, kita dianjurkan untuk meninggalkan segala aktiviti yang dilakukan serta diseru untuk menjawab azan sebagai tanda penghormatan.
Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”. (Riwayat al-Bukhari, no.576)
Menariknya sunnah menjawab azan ini, di dalamnya terdapat sunnah yang lain pula. Berikut perkara sunnah yang boleh dilakukan bagi orang yang mendengar azan.
#1- Diam Ketika Mendengar Azan
Sebaiknya diam sejenak dan tidak bercakap ketika mendengar azan. Yang boleh dilakukan adalah menjawab azan sama ada dalam keadaan bersih atau berhadas, junub atau haid, sama ada besar atau mumayyiz.
#2- Selawat Kepada Nabi SAW
Seseorang itu juga boleh berselawat kepada Nabi SAW dengan suara yang perlahan kemudian memohon kepada Allah wasilah dan berdoa kepada Allah sebaik sahaja selesai azan dilaungkan.
#3- Berdoa Untuk Diri Sendiri
Selain daripada dua perkara di atas, kita juga boleh berdoa untuk diri sendiri kerana waktu itu adalah waktu yang berkat dan mustajab. Disunatkan juga berdoa selepas azan dan sebelum iqamah.
Kesimpulannya, walaupun tidak berdosa untuk bercakap ketika azan, tetapi yang lebih baik adalah diam kecuali apabila apa yang diucapkan adalah perkara penting. Anda boleh mengamalkan sunnah di atas bagi memanfaatkan waktu azan sepenuhnya. Wallahua’lam.
Rujukan:
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.