Keluarga

Bayi Anda Meragam – Ini Tips Dan Doa Yang Boleh Diamalkan

Oleh Fizah Lee  •  10 Sep 2020  •  2 min baca

Pengalaman mempunyai anak kecil merupakan suatu perjalanan yang baru. Bukan senang untuk menyesuaikan diri dengan situasi itu namun buat mereka yang baru bergelar ibu bapa, pastinya ia satu perjalanan yang menyeronokkan.

Kehadiran cahaya mata pasti memberi seribu satu ilmu dan perasaan baru buat ibu bapa. Kalau dulu, dia hanyalah janin yang berada dalam kandungan, namun kini dia sudah berada di hadapan mata.

Banyak ilmu yang perlu dituntut sebab menjaga cahaya mata baru ini bukanlah seperti menjaga anak-anak yang sudah besar.

Bahagian yang paling mencabar adalah apabila mereka mula meragam dan menangis tanpa henti walaupun setelah kita menyuapkannya susu ataupun cuba mendodoikannya.

Sukar untuk cari tahu kenapa bayi anda menangis; mungkin disebabkan kembung perut, mungkin disebabkan tempat tidurnya yang tidak selesa dan bermacam lagi alasan yang sukar diketahui.

Apa yang perlu dilakukan jika bayi anda menangis? Ini beberapa tips yang dikongsikan dan boleh dicuba;

#1 – Beri Sesuatu Untuk Dihisap

Hisapan sebenarnya boleh membantu memberikan ketenangan dan keselesaan kepada bayi. Ia juga boleh membuat perutnya berada dalam keadaan relaks dan membantunya untuk bertenang.

Bahkan perbuatan menghisap ini sudah bermula sejak dalam kandungan lagi. Beri bayi anda hisap puting agar dia boleh diam dan membantunya lena.

#2 – Urut Bayi Anda

Cuba urut bayi anda pada bahagian perut atau belakangnya dengan perlahan untuk membantu memberi ketenangannya.

Jika bayi itu kelihatan meragam disebabkan angin, boleh cuba menyusukannya dalam posisi tegak dan menepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan.

#3 – Baca Doa Ini

Alasan bayi menangis itu pelbagai; boleh jadi disebabkan lapar, disebabkan sakit ataupun gangguan syaitan.

Jadi, untuk mengelakkan daripada gangguan makhluk itu, ada beberapa surah yang boleh dibaca, iaitu

  • Surah Al-Fatihah
  • Ayat Kursi
  • Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas
  • Doa ini juga boleh dibaca pada air dan dipercikkan kepada bayi yang sakit;


بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Maksud: “Dengan nama Allah, aku membacakan doa kepadamu daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan kepadamu, sama ada daripada kejahatan, iaitu kejahatan mata atau nafsu yang keji. Tuhanlah yang menyembuhkanmu. Dengan nama Allah, aku mendoakanmu.” (Misqat Al-Masabih, 1534. Sahih Oleh Albani)

Kesimpulan

Bayi meragam itu disebabkan banyak cara dan sebagai orang tua, anda perlu mencari tahu puncanya untuk menyelesaikan masalahnya.

Tidak salah berdoa dan membacakan ayat suci dari al-Quran kepada mereka kerana yang Maha Berkuasa itu adalah Allah.

Sumber:
Baby Center
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami