Gaya Hidup

Jangan Normalisasikan Budaya Menyebar Dosa Sendiri

Oleh Fizah Lee  •  8 Sep 2020  •  3 min baca

Saya ingin memulakan artikel kali ini dengan sebuah persoalan; Adakah kita sedang menormalisasikan budaya menghebahkan perbuatan dosa dan maksiat?

Mengapa soalan ini dibawa? Ini kerana apabila dilihat pada era teknologi sekarang, rata-rata pengguna media sosial suka meluahkan sesuatu di dalamnya.

Luahan itu tidak kiralah yang berbentuk positif mahupun negatif, kita pasti akan menjumpainya. Jika ia sesuatu yang baik dan memberi kesan positif kepada pengguna yang lain, contohnya tentang semangat dan motivasi, maka itu adalah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai amalan yang murni.

Namun, jika perkongsian di media sosial itu adalah yang berupa membuka aib sendiri dan menyebarkan perilaku buruk yang dilakukan, maka itu adalah sesuatu yang tidak wajar.

Mengapa pula tidak wajar? Bagi saya, kenapa perlu perlu dibuka aib sendiri sedangkan Allah sentiasa menutup aib kita dan menjaganya agar tiada manusia atau makhluk lain yang memandang rendah kepada diri kita sendiri.

Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis yang berbunyi:

اِجْتَنِبُوْا هَذِهِ القَاذُوْرَةَ الَّتِي نَهَى اللهُ عَنْهَا ، فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ اللهِ

Maksud: “Jauhilah dosa yang telah Allah larang. Siapa saja yang telah terlanjur melakukan dosa tersebut, maka tutuplah rapat-rapat dengan apa yang telah Allah tutup.” (Hadis Riwayat Al-Hakim, dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Al-Hakim mengatakan bahawa hadis ini sahih)

Allah memerintahkan kita untuk menutup aib yang dilakukan kerana ia adalah sesuatu yang boleh dijadikan sebagai bahan fitnah.

Bukan itu sahaja, bagaimana pula jika dosa itu diikuti oleh orang yang beranggapan bahawa ia adalah dosa ringan-ringan yang boleh dilakukan dan boleh sahaja bertaubat pada bila-bila masa?

Dekat sini, sudah menjadi kisah lain pula, di mana kita perlu menanggung dosa yang dilakukan oleh diri sendiri dan juga tanggungan dosa yang dilakukan oleh orang lain kerana ia sudah menjadi dosa yang mengalir buat diri anda.

Disebabkan itu, kita dituntut menutup aib dan menjaga dosa yang dilakukan itu agar berada dalam pengetahuan kita sendiri.

Kesimpulan

Jangan berbangga dengan dosa yang dilakukan kerana ia bukanlah sebuah pencapaian yang perlu dihebahkan, sebaliknya ia digelar sebagai aib. Aib yang bermaksud sesuatu perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

Bahkan, apa yang paling penting ialah, apabila kita melakukan dosa, sentiasalah cari peluang dan cara untuk bertaubat.

Kerana dosa itu perlu disusuli dengan taubat, bukannya mengajak orang lain untuk bersama melakukannya.

Maksud: “Setiap umatku akan diampuni kecuali orang yang melakukan jahr. Di antara bentuk melakukan jahr adalah seseorang di malam hari melakukan maksiat, namun di pagi harinya (padahal Allah telah menutup aibnya) ia sendiri yang bercerita: “wahai fulan, aku semalam telah melakukan ini dan itu.” Ia sendiri yang membuka aibnya yang telah Allah tutup.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6069)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami