Ibadah

Anjuran Berselawat Ketika Terlupa

Oleh Natirah Azira  •  8 Sep 2020  •  2 min baca

Kata orang apabila rindu kepada seseorang maka kita akan kerap menyebut namanya. Jika teringat kepada Rasulullah SAW pula, maka selawat kepada baginda lah buktinya.

Ada kalanya, selawat juga diamalkan apabila terlupa sesuatu perkara. Ia hal yang biasa dilakukan oleh ramai umat Islam.

Ia dikatakan disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا نَسِيْتُمْ شَيْئًا فَصَلُّوْا عَلَيَّ تَذْكُرُوْهُ إِنْ شَاءَ اللهُ تَعَالَى

Maksudnya: “Apabila kamu lupa akan sesuatu, maka berselawatlah ke atasku nescaya kamu akan ingatkan akan ia InsyaAllah.”

Walau bagaimanapun sanad hadis ini dhaif. Sungguhpun begitu, ada barisan ulama yang tetap beramal dengan perkara ini seperti Imam Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Al-Sakhawi.

Imam Ibn Hajar al-Haitami (974 H) berkata di dalam kitabnya pada fasal keenam, yang menyatakan perkara-perkara khusus yang disyariatkan berselawat ke atas Nabi SAW. Antaranya adalah ketika mengingatkan sesuatu yang terlupa atau ketika takut terlupa. (Lihat: al-Dhur al-Mandhud, 238/1)

Manakala ada satu lagi riwayat dengan sanad yang teputus daripada Abu Hurairah RA bahawa:


مَنْ خَافَ عَلَى نَفْسِهِ النِّسْيَانَ فَلْيُكْثِرِ الصَّلَاة عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Barangsiapa yang takut ke atas dirinya kelupaan maka perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi SAW.”

Selain itu, yang jelas disebutkan adalah ingat kepada Allah dengan berzikir dan menyebut namaNya apabila terlupa sesuatu sebagaimana yang terkandung dalam Surah Al-Kahfi, ayat 24 yang bermaksud:


وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

Maksudnya: “Dan ingatlah (sebutlah) kepada Tuhanmu apabila kamu terlupa.” (Surah Al-Kahfi, 18:24)

Sebagai kesimpulan, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, selawat masih boleh dilakukan saat terlupa kerana ia termasuk dalam fadhail al-‘Amal atau kelebihan amalan.

Di samping itu, perbanyakkan juga mengingati Allah. Kelupaan itu barangkali terjadi kerana hati dan fikiran yang telah dilalaikan oleh syaitan atau dosa yang dilakukan. Justeru dengan berzikir mengingati Allah SWT, maka gangguan-gangguan itu boleh dihilangkan.

Sumber:

Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami