Oleh Fizah Lee • 8 Sep 2020 • 2 min baca
Apa itu takwa? Pernah tak fikiran anda tiba-tiba tertanya maksud sebenar takwa? Seperti yang kita ketahui, ia adalah salah satu perkara yang boleh membawa takut kepada Allah dengan sentiasa melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Maka, segala perkara yang kita lakukan adalah yang boleh membawa kepada ketaatan kepada Allah dan yang boleh membantu menambah keimanan serta rasa cinta kepadaNya.
Jadi, takut di sini bukanlah membawa makna semakin menjauh dengan Allah, namun ia adalah perasaan yang boleh membawa hati kita semakin dekat denganNya dalam masa yang sama boleh menambah rasa seronok dalam beribadah.
Bahkan, orang yang bertakwa kepada Allah, hatinya akan sentiasa merasa yakin dan tenang dengan ketentuan yang Allah berikan.
Dia yakin bahawa Allah mengujinya atas sebab kemampuan dirinya sendiri dan Allah memberikan rezekinya cukup berdasarkan apa yang dilakukannya.
Bahkan, ia diumpamakan dengan orang yang bertakwa ini tidak pernah merasa miskin dengan apa yang ada.
Apa yang dimaksudkan dengan tidak pernah merasa miskin? ia boleh diertikan dengan seseorang itu sentiasa merasa cukup dan bersyukur dengan rezeki yang ada.
Jika tuhan mengujinya dengan kesempitan rezeki, maka dia akan mencuba sedaya upaya untuk memperluaskan rezekinya dengan cara yang halal.
Dan jika tuhan mengujinya dengan rezeki yang banyak, dia akan mencuba sedaya upaya untuk memanfaatkannya ke arah yang diredai Allah.
Allah SWT sendiri berfirman yang bermaksud:
Mafhum: “Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah Al-Talaq, 65:2-3)
Justeru, dalam setiap apa yang kita lakukan, letakkan sepenuh pergantungan hanya kepada Allah.
Yang paling penting ialah percaya dan terima takdir yang Allah telah letakkan kepada kita dengan hati yang terbuka dan penuh syukur.
Rujukan:
Rumaysho.com
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.