Gaya Hidup

Sedekah Boleh Datang Dalam Pelbagai Bentuk

Oleh Fizah Lee  •  4 Sep 2020  •  2 min baca

Apabila melihat orang yang lebih kaya, pernah tak terdetik di hati anda perasaan cemburu dengan harta yang mereka ada?

“Beruntungnya mereka, ada duit yang lebih dan boleh disedekahkan kepada orang yang memerlukan.”

Dan bermacam-macam lagi perkara yang terdetik di hati anda tentang harta mereka, terutamanya buat hartawan yang dermawan, iaitu yang suka menyalurkan hartanya kepada yang memerlukan.

Namun, tahukah anda bukan orang kaya sahaja yang boleh memberi sedekah, tetapi semua orang boleh bersedekah dan mendapat pahala ke atasnya kerana sedekah itu datang dalam pelbagai cara.

Bagaimana bersedekah tanpa menghulurkan wang? Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan, dari Abu Dzar RA berkata:

Maksud: “Sesungguhnya sebahagian dari para sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW; “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya lebih banyak mendapat pahala, mereka mengerjakan solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka.”

Baginda SAW bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan kamu sesuatu untuk bersedekah? Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah dan persetubuhan salah seorang di antara kamu (dengan isterinya) adalah sedekah.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2376)

Melalui hadis ini Baginda SAW berpesan bahawa sedekah itu boleh dilakukan dengan banyak cara. Ia bukan sahaja berlandaskan wang semata-mata, namun juga perbuatan.

Sedekah itu ertinya berbuat kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada orang sekeliling dan juga diri sendiri.

Apabila kita berzikir, bertahmid dan bertahlil, ia adalah sedekah yang dilakukan oleh mulut kita sendiri dan pahalanya akan mengalir masuk ke dalam bakul saham akhirat kita.

Bersedekah kepada orang sekeliling kita juga boleh dilakukan dengan memberi kebaikan kepada orang sekeliling dalam bentuk yang anda mampu.

Jadi, apa kata mula dari sekarang untuk bersedekah. Lazimi sedekah dalam apa jua bentuk yang anda boleh agar semakin banyak anda memberi, Allah juga akan memberi sesuatu kepada anda dengan lebih lagi.

Tidak perlu tunggu kaya untuk bersedekah tetapi bersedekahlah untuk menjadi kaya dunia dan akhirat.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami