Oleh Natirah Azira • 3 Sep 2020 • 2 min baca
Keputihan adalah perkara yang banyak berlaku pada kebanyakan wanita. Dalam istilah sains ia dipanggil leukorrhea, iaitu lendiran putih atau kuning yang keluar daripada faraj atau serviks.
Bercakap tentang hal ini, ia sangat berkait rapat dengan kebersihan terutama apabila seseorang wanita ingin menunaikan solat.
Dalam Islam, keputihan didefinisikan sebagai cecair yang keluar daripada bahagian batin faraj (kawasan yang tidak perlu dibasuh ketika istinjak). Ia menyerupai gam pekat yang berwarna putih atau hingus yang berwarna putih. Kadang-kadang ia bercampur dengan warna kekuningan dan sedikit hijau.
Walau bagaimanapun, ia menjadi keputihan berpenyakit apabila ia menjadi warna kelabu, kuning dan hijau yang berbau busuk dan menyebabkan kegatalan faraj. Menurut pakar kesihatan, hal ini terjadi kerana jangkitan kuman.
Dalam Islam, keputihan yang keluar daripada batin faraj ini dikira sebagai najis dan perlu dibersihkan sebelum solat. Malah keputihan yang melekat pada pakaian juga tidak boleh dibawa ke dalam solat.
Ia berbeza dengan lembapan faraj yang keluar daripada kawasan faraj yang zahir. Basahan ini disebabkan oleh lembapan peluh daripada had zahir faraj (bahagian yang jelas ketika duduk mencangkung) dan tidak dianggap najis serta tidak membatalkan wuduk.
Berbalik kepada persoalan tentang keputihan, jika seseorang mengalami masalah keputihan yang keluar terus menerus, maka dia perlu membersihkannya setiap kali ingin solat. Jika keputihannya keluar ketika dia sedang solat, maka hal itu dimaafkan. Wallahua’lam.
Sumber rujukan:
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.