Ibadah

Bolehkah Isteri Melakukan Iqamah Ketika Solat Berdua Bersama Suami

Oleh Natirah Azira  •  14 Aug 2020  •  1 min baca

Solat berjemaah sangat diangkat tinggi dalam Islam. Ganjarannya pula diberikan sehingga 27 kali ganda, tidak kiralah bilangan yang berjemaah sebanyak dua orang sahaja, seorang imam dan seorang makmum sekalipun.

Solat berjemaah mempunyai aturan tertentu yang sedikit berbeza jika dibandingkan dengan solat secara berseorangan. Biasanya seorang makmum akan bertindak melaungkan iqamah sebelum sama-sama menunaikan solat.

Namun bagaimana pula jika seorang perempuan menunaikan solat jemaah berdua bersama abang atau adik lelakinya atau suaminya. Adakah dia perlu melaungkan iqamah?

Golongan wanita diharuskan untuk melaungkan azan, iqamah dan juga menjadi imam apabila bersolat sesama mereka.

Daripada A’isyah R.Anha :

أَنَّهَا كَانَتْ تُؤَذِّنُ، وَتُقِيمُ، وَتَؤُمُّ النِّسَاءَ

Maksudnya : “Beliau mengumandangkan azan, iqamah, serta menjadi imam kepada orang perempuan.” (Riwayat Al-Hakim, Al-Mustadrak, no.730)

Tetapi jika mereka bersolat bersama lelaki, sekalipun suami, tidak dibolehkan untuk melakukan perkara-perkara tersebut. Yang dituntut melaungkan azan, iqamah serta menjadi imam adalah lelaki sendiri.

Jika hanya ada seorang lelaki dalam solat jemaah tersebut, maka dialah yang perlu melaungkan azan, iqamah dan menjadi imam. Wallahua’alam.

Rujukan:

  1. Mufti Wilayah Persekutuan

Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami