Hukum

Hukum Tidak Menjaga Pokok Yang Ditanam

Oleh Fizah Lee  •  30 Jul 2020  •  2 min baca

Bercucuk tanam merupakan salah satu perkara dan hobi yang boleh membantu menenangkan seseorang. Ada orang yang menjadikan ia sebagai terapi, ada orang yang suka menanamnya kerana gemar akan tumbuhan dan ada juga yang menjadikannya sebagai punca pendapatan.

Sama ada ia ditanam dalam kuantiti yang banyak atau sedikit, ia adalah salah satu perbuatan yang baik untuk diamalkan kerana secara tidak langsung ia boleh membantu ekosistem bumi.

Tidak semua orang ada keupayaan bercucuk tanam. Ada yang dah banyak kali mencuba, namun pokoknya sukar hidup atau cepat mati. Namun, buat mereka yang diberi kelebihan dan minat terhadap bidang ini, ia adalah sebuah bakat yang boleh dijadikan hobi.

Bahkan, dalam sebuah hadis sahih disebutkan bahawa amalan bercucuk tanam merupakan sebuah amalan yang mulia kerana ia juga boleh dikira sebagai sedekah jika ia memberi manfaat kepada sekeliling.

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ

Maksud: “Tiada seorang muslim yang menanam pokok atau menghidupkan tanah dengan tanaman, lalu burung, manusia atau binatang makan daripada hasil tanamannya melainkan ia dikira sebagai sedekah.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2320)

Walau bagaimanapun, jika pokok itu ditanam tanpa dijaga dengan baik, bagaimana pula? Dalam hal ini, jumhur ulama berpendapat bahawa makruh hukumnya berbuat demikian.

Hal ini kerana, perbuatan itu dikira sebagai tiada sifat ihsan terhadap sekeliling dan harta yang ada. Seharusnya, apabila mempunyai harta, ia perlu dijaga dengan baik. Begitu juga dengan tanaman.

Apabila mempunyai pokok, maka jagalah ia dengan baik seperti menyiram, membaja dan sebagainya. Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami, jika pokok itu tidak dijaga disebabkan kesibukan atau ada kekangan lain yang menghalang, maka ia tidak dianggap sebagai makruh.

Namun, sebaiknya dipesan kepada ahli rumah yang lain atau orang yang dekat untuk membantu menjaga tanaman tersebut jika sibuk atau tidak sempat untuk menjaganya.

Justeru, apabila ingin menanam pokok, jagalah ia dengan baik agar ia juga boleh memberi manfaat kepada kita bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami