Kita dianjurkan berselawat kepada Baginda SAW kerana ia merupakan salah satu cara untuk kita ingat akan Baginda dan menyanjunginya.
Apabila tiba hari Jumaat pula, keutamaan selawat itu adalah paling diajurkan kerana Jumaat merupakan penghulu hari, di mana manusia akan diganjarkan pahala berlipat kali ganda di atas setiap amalannya.
Ada sebuah hadis sahih juga di mana Allah akan berselawat sebanyak sepuluh kali buat tiap satu selawat yang kita ucapkan.
مَنْ صَلَّى عَلَىَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا
Maksud: “Barangsiapa yang berselawat kepada aku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 408)
Apa yang dimaksudkan dengan Allah berselawat ke atas orang yang berselawat sebanyak sepuluh kali? Hebatnya ganjaran buat mereka yang berselawat.
Jumhur ulama berpendapat bahawa maksud Allah berselawat ialah Allah memberikan rahmat dan pahala yang berlipat kali ganda kepadanya, iaitu sebanyak sepuluh kali bagi setiap satu selawatnya.
Imam Ibnu Katsir RA juga menyebutkan bahawa ia adalah bukti bahawa selawat yang dilakukan itu bukanlah suatu amalan yang kecil tetapi besar nilainya di sisi Allah dan disanjung sehingga berlipat kali ganda.
Imam Al-Bukhari berkata, Abul ‘Aliyah menyebut – “Selawat dari Allah untuk Nabi maksudnya adalah sanjungan Allah di sisi Malaikat. Selawat dari malaikat untuk Nabi maksudnya adalah doa.”
Rahmat yang dinyatakan juga merupakan kasih sayang Allah kepada hambaNya sebagai bukti amalan tersebut merupakan amalan yang besar pahalanya di sisi Allah.
Justeru, yang paling penting ialah sentiasa perbanyakkan selawat sama ada ia adalah pada hari Jumaat atau hari-hari lain kerana Allah mengangkat darjat dan memberi rahmat buat bibir-bibir yang basah dengan kalimat tersebut.
Rujukan:
Rumaysho.com
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.