Hukum

Bolehkah Makmum Perempuan Menegur Kesalahan Imam

Oleh Fizah Lee  •  8 Jul 2020  •  2 min baca

Apabila menunaikan solat berjemaah, wajib ke atas makmum untuk tidak mendahului imam dan mengikutnya sehingga akhir. Namun, jika imam melakukan kesalahan seperti terlupa rakaat atau tersilap bacaan di dalam solat, maka disunatkan ke atas makmum untuk menegur imam tersebut dengan mengucapkan سُبْحَانَ اللّ (Subhanallah).

Namun, adakah seorang isteri boleh menegur suaminya ketika solat jemaah bersama atau wanita dibolehkan untuk menegur imam? Hal ini adalah kerana rata-rata dari kita berpendapat bahawa suara wanita adalah aurat dan perlu dilindungi bagi mengelakkan fitnah.

Menurut pandangan jumhur ulama, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh wanita untuk menegur imam bergantung kepada situasi, iaitu:

#1 – Wanita Yang Berimamkan Suami Atau Ayahnya

Dalam situasi ini, wanita tersebut diharuskan untuk menegur imam tersebut, sama ada ia adalah suami, ayah, anak lelaki, adik lelaki atau mahramnya.

Hal ini ada dikemukakan melalui fatwa Syeikh Nuh ‘Ali Salman dan Syeikh Abdullah bin Baz;

Maksud: “Harus bagi wanita menegur imam juga yang hadir hanyalah suami, wanita atau lelaki-lelaki mahram. Harus wanita tersebut menegur imam dalam solat jemaah jika tiada lelaki yang berbuat demikian. Suara wanita bukan aurat. Ia menjadi aurat jika hanya melembut-lembutkan dan melayukan suara. Maka, inilah yang dilarang.”

#2 – Wanita Yang Berimamkan Wanita

Jika melakukan solat secara berjemaah dengan imam wanita, maka hukumnya adalah harus untuk menegur imam. Hal ini juga adalah sama seperti situasi pertama di atas.

Dibolehkan juga untuk menepuk tangan bagi menandakan berlakunya kesalahan sekiranya solat dilakukan berdekatan dengan imam. Hal ini adalah melalui sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Bertasbih itu bagi lelaki dan menepuk pula untuk wanita.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 939)

#3 – Wanita Yang Berimamkan Lelaki Ajnabi

Buat wanita yang menunaikan solat secara berjemaah di tempat awam seperti masjid, tidak disunatkan untuk menegur kesalahan tersebut. Seeloknya, makmum lelaki yang menegur kesalahan tersebut.

Sesetengah ulama seperti Ibnu Hajar al-Asqalani menghukumkannya sebagai perbuatan yang dilarang manakala Ibn Abd al-Barr pula berpendapat bahawa ia adalah makruh.

Ibnu Hajar berkata – “Wanita tidak diperkenankan mengucapkan ‘subhanallah’ ketika ingin mengingatkan imam. Wanita diperintahkan untuk memperlahankan suaranya dalam solat. Hal ini kerana dibimbangi boleh menimbulkan godaan.” (Fath Al-Bari, 3:77)

Kesimpulan

Dibolehkan untuk makmum wanita menegur kesilapan imam lelaki dengan ucapan سُبْحَانَ اللّ dengan syarat ia adalah dalam kalangan mahramnya dan situasi tersebut tidak menimbulkan fitnah serta mengganggu kekhusyukan jemaah lelaki.

Adapun, jika imam tersebut adalah dari kalangan lelaki ajnabi (yang tiada pertalian dengannya), maka lebih baik membiarkan makmum lelaki lain yang menegurnya. Dalam hal ini, dibolehkan niat mufaraqah (keluar imam).

Wallahu a’alam.

Sumber:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami