Gaya Hidup

Bolehkah Meruqyah Non-Muslim?

Oleh Natirah Azira  •  7 Jul 2020  •  2 min baca

Kita sedia maklum bahawa cara perubatan ruqyah iaitu membacakan ayat-ayat Al-Quran ke atas orang yang sedang sakit adalah dibolehkan dalam Islam. Ia dianjurkan oleh Nabi SAW dan menjadi amalan orang-orang terdekat dengan baginda sendiri.

Hal ini kerana, Al-Quran adalah mukjizat dan boleh menjadi satu cara mencegah daripada datangnya bahaya atau keburukan sama ada yang bersifat nyata atau halus dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar seperti sihir atau santau.

Namun persoalan yang timbul daripada perkara ini adalah berkenaan manfaat dan kegunaan Al-Quran – bolehkah meruqyah dan mengubati orang bukan Islam dengan menggunakan Al-Quran?

Sebenarnya ianya dibolehkan. Tidak ada khilaf dalam kalangan ulama bahawa seorang Muslim boleh meruqyah orang bukan Islam. Hal ini dibuktikan berdasarkan suatu kisah yang terjadi pada zaman Nabi SAW.

Ada sekelompok sahabat yang keluar bermusafir, kemudian sampai ke sebuah perkambpungan Arab pada waktu malam. Mereka meminta untuk bermalam di situ, namun permintaan mereka ditolak.

Ketika itu, ketua kampung telah terkena patukan ular/disengat kala jengking. Lalu orang kampung tersebut meminta pertolongan daripada kumpulan sahabat Nabi SAW dengan harapan mereka mempunyai sesuatu yang mampu menyembuhkan.

Sahabat Nabi SAW ini bersetuju untuk membantu dengan syarat diberikan sedikit upah buat mereka. Lalu apabila hal tersebut dipersetujui, salah seorang daripada sahabat Nabi SAW membacakan ruqyah Surah Al-Fatihah, dan dengan izin Allah maka sembuhlah ketua kampung itu.

Setelah pulang, mereka merujuk perbuatan itu kepada Nabi SAW dan Nabi SAW tidak melarang perbuatan itu walaupun ketua kampung itu adalah dari kalangan orang bukan Islam.

Justeru, tidak ada masalah untuk orang Islam memberikan bantuan perubatan Islam kepada orang bukan Islam dengan cara meruqyah.

Al-Quran itu diturunkan untuk manusia seluruhnya, maka bukankah orang bukan Islam juga boleh mengambil manfaat daripadanya?

Baca juga:
Setiap Orang Boleh Melakukan Ruqyah

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami