Ibadah

Doa Ialah Hadiah Terbaik Buat Sahabat

Oleh Fizah Lee  •  6 Jul 2020  •  2 min baca

Apa hadiah terbaik yang boleh kita berikan kepada sahabat atau mungkin kawan terdekat sendiri? Adakah jenama tudung yang paling mahal yang dijual di Malaysia? Atau adakah dengan membuat kejutan parti saat hari lahirnya?

Setiap daripada kita pasti ingin memberikan yang terbaik kepada sahabat susah senang kita. Mungkin pada sesetengah orang, sahabat itu menggambarkan seseorang yang sentiasa ada bersama di kala mengharungi kehidupan ini.

Pada sesetengah yang lain, sahabat itulah yang sentiasa memberikan semangat dan dorongan untuk berjaya. Ada juga yang menganggap bahawa ahli keluarganya seperti ibu atau kakaknya merupakan sahabat yang sebenar.

Terpulang kepada apa definisi sahabat buat anda. Yang penting ialah cara untuk seseorang itu menghargainya. Tetapi ia tidak semestinya perlu dihargai dengan cara menghabiskan wang ringgit sehingga beribu-ribu. Kalau tidak mampu, bagaimana pula?

Islam mengajarkan untuk seseorang itu memberikan hadiah yang tidak ternilai kepada sahabatnya, iaitu dengan sentiasa mengirimkan doa.

Terdapat sebuah hadis yang menyebut bahawa doa seseorang muslim kepada sahabatnya tanpa diketahui (dalam diam) adalah makbul.

Maksud: “Doa seorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan, maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: “Amiin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu).” (Hadis Riwayat Muslim, no. 4914)

Apabila kita berdoa kepadanya, malaikat akan turut mengaminkan doa tersebut dan dalam masa yang sama, malaikat sendiri yang akan mendoakan kepada diri kita.

Disebabkan itu, seseorang muslim digalakkan untuk sentiasa mengirimkan doa kepada sahabatnya. Doa yang dikirimkan itu biarlah doa yang baik-baik dan yang boleh memberi kebahagiaan kepadanya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami