Solat jenazah ialah fardu kifayah yang dituntut dilakukan oleh penduduk setempat. Jika tiada sesiapa yang melakukannya, maka semuanya dianggap berdosa.
Kaifiat (cara) solat jenazah adalah berbeza dengan sembahyang-sembahyang yang lain kerana tidak terdapat rukuk dan sujud. Ia hanya perlu dilakukan dengan berdiri dan mengangkat takbir sebanyak empat kali.
Waktunya pula boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk pada waktu yang makruh untuk bersolat kerana solat jenazah itu dilakukan secara bersebab. Maka, ia tidaklah makruh, namun yang menjadikannya dilarang ialah apabila melewat-lewatkan solat tersebut.
Namun, kenapa perlu menunaikan solat jenazah? Terdapat beberapa dalil yang menyebut akan kebaikan dan kelebihan menunaikan solat jenazah, iaitu;
Maksud: “Tidaklah seorang muslim mati lalu disolatkan oleh tiga saf kaum muslimin melainkan doa mereka akan dikabulkan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 3166)
Dalam riwayat lain ada menyebut:
Maksud: “Anak ‘Abdullah bin ‘Abbas di Qubaid atau di ‘Usfan meninggal dunia. Ibnu ‘Abbas lantas berkata; “Wahai Kuraib (bekas budak Ibnu ‘Abbas), lihat berapa banyak manusia yang menyolati solat jenazahnya.” Kuraib berkata: “Aku keluar, ternyata orang-orang sudah berkumpul dan aku mengkhabarkan pada mereka pertanyaan Ibnu ‘Abbas tadi.” Lantas mereka menjawab: “Ada 40 orang.” Kuraib berkata: “Baik kalau begitu.” Ibnu Abbas lantas berkata: “Keluarkan mayat tersebut kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia kemudian disolatkan (solat jenazah) oleh 40 orang yang tidak berbuat syirik kepada Allah sedikit pun melainkan Allah akan memperkenankan syafaat (doa) mereka untuknya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 948)
Maksud: “Tidaklah seorang mayat disolatkan (dengan solat jenazah) oleh sekelompok kaum muslimin yang mencapai 100 orang, lalu semuanya memberi syafaat (mendoakan kebaikan untuknya), maka syafaat doa mereka akan diperkenankan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 974)
Maksud: “Barangsiapa yang solat jenazah dan tidak ikut mengiringi jenazahnya, maka baginya (pahala) satu qiroth. Jika ia sampai mengikuti jenazahnya, maka baginya (pahala) dua qiroth.” Ada yang bertanya: “Apa yang dimaksudkan dengan dua qiroth?” Baginda menjawab: “Ukuran yang paling kecil dari dua qiroth adalah seperti gunung Uhud.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 945)
Banyak lagi kelebihan yang diperoleh apabila kita menunaikan solat jenazah, sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada si mati. Justeru, jangan kedekut dan takut untuk mengimarahkan diri menunaikan solat jenazah kerana suatu hari nanti kita juga pasti mengharapkan agar ada orang yang akan menyolatkan jenazah kita.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.