Malaysia sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang melibatkan kepada kerjasama kita semua dalam usaha membendung COVID-19.
Jika pada awalnya kita semua diarahkan duduk di rumah, sekarang kita sudah boleh keluar melakukan aktiviti yang biasa dilakukan, namun dalam gaya dan norma baharu.
Dalam fasa ini jugalah kita diajar untuk lebih menghargai masa. Apabila perlu beratur untuk masuk ke sesuatu tempat, kita lebih mudah merancang masa untuk menjadikan aktiviti itu lebih cepat dan boleh memudahkan orang lain.
Sebagai contoh, nak masuk ke dalam pusat membeli belah – ada orang yang sudah rancang strategi awal-awal nak bermula di bahagian mana dan berakhir pada bahagian mana.
Begitu juga dengan mereka yang berebut untuk menunaikan solat berjemaah di masjid atau surau. Bukan mudah untuk mendapatkan tempat tersebut. Jika terlambat, pasti melepas.
Disebabkan itu, jemaah digalakkan untuk datang awal bagi mendapat peluang menunaikan solat berjemaah di masjid.
Tetapi, apabila sudah berada awal di masjid, jangan pula berlengah-lengah dan membuang masa. Sifat datang awal ke masjid itu sudah baik.
Namun, lagi elok jika diniatkan untuk beriktikaf agar setiap perbuatan kita di sana mendapat pahala olehNya.
Bahkan, ada beberapa hadis sahih yang menyebut bahawa mereka yang berada di masjid dalam keadaan berwuduk akan didoakan para malaikat.
Dari Abu Hurairah RA, Baginda SAW bersabda:
Maksud: “Para malaikat akan mendoakan salah seorang di antara kalian selama ia tetap berada di tempat solatnya, selama ia tidak berhadas. Malaikat mengucapkan: “Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, rahmatilah dia.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 445)
Kita mengetahui bahawa doa malaikat ini ialah antara doa yang dimakbulkan. Jadi, ini merupakan salah satu cara untuk meletakkan diri anda dalam doanya.
Oleh itu, apabila sudah sampai awal di masjid, niatkanlah untuk beriktikaf dan selama mana berada di dalamnya dalam keadaan berwuduk, malaikat pasti akan mendoakan anda.
Jadi, jangan sia-siakan peluang tersebut. Jangan anggap datang awal ke masjid itu merupakan perkara yang sia-sia.
Rujukan:
Rumaysho.com
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.