Gaya Hidup

Antara Adab Sendawa Yang Boleh Diamalkan

Oleh Fizah Lee  •  23 Jun 2020  •  3 min baca

Apabila seseorang kenyang, mereka pasti akan mengeluarkan bunyi yang dipanggil sendawa. Ia juga boleh berlaku disebabkan faktor ubat-ubatan atau penyakit.

Sendawa sebenarnya terjadi kerana adanya pelepasan gas-gas yang berasal dari saluran pencernaan terutamanya kerongkong dan perut yang melalui mulut.

Gas-gas ini sering berlaku disebabkan kita juga turut menelan udara ketika sedang makan atau minum. Udara inilah yang dipanggil aerophagia.

Pendek kata, perbuatan sendawa adalah normal. Namun, ada adab yang perlu ditekankan oleh kita sendiri dalam bersendawa.

Jangan bersendawa tanpa adab kerana itu adalah perkara yang ditegah dan akan kelihatan kurang sopan.

#1 – Jangan Mengeraskan Suara

Ada sebahagian daripada kita yang akan bersendawa dengan mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada sekeliling.

Hal ini perlu dielakkan. Sebaiknya, cuba untuk merendahkan suara anda. Al-Mubarakfuri RA berkata:

قَوْلُهُ: (كُفَّ عَنَّا ) أَمْرٌ مُخَاطَبٌ مِنَ الْكُفِّ بِمَعْنَى الصَّرْفِ وَالدَّفْعِ، وَفِيْ رِوَايَةِ شَرْحِ السُّنَّةِ : أَقْصِرْ مِنْ جُشَائِكَ، ( جُشَاءِكَ ) بِضَمِّ الْجِيْمِ مَمْدُوْدٌ، أَوْ النَّهْيِ عَنِ الْجُشَاءِ هُوَ النَّهْيُ عَنِ الشَّبْعِ ; لِأَنَّهُ السَّبَبُ الجَالِبُ لَهُ

Maksud: “Perkataan nabi (tahanlah sendawamu agar tidak terdengar oleh kami) adalah perintah untuk menahan. Maksudnya mencegah sendawanya. Dalam riwayat lain melalui kitab Syarhus Sunnah: “Kurangi sendawamu!” Atau hadis ini juga bermakna bahawa larangan untuk sendawa maksudnya larangan untuk makan terlalu kenyang. Kerana makan terlalu kenyang akan menyebabkan sendawa.” (Tuhfatul Ahwadzi)

#2 – Anjuran Menutup Mulut

Seeloknya, tutuplah mulut tersebut dengan menggunakan tangan. Hal ini adalah untuk mengelakkan bau atau bunyi yang mengganggu sekeliling.

Syeikh Zakaria Al-Ansari RA berkata – “Perkataan penulis kitab Raudhatul Talib: “Jika seseorang menguap, disunnahkan untuk menutup mulutnya dengan tangannya. Namun, Ibnu Mulaqqin dan ulama lain berkata: “Yang lebih tepat ialah menggunakan belakang bahagian tangan kiri kerana sifatnya digunakan untuk menahan sesuatu yang mengganggu. Sama juga dengan sendawa.” (Asnal Mathalib Syarah Raudhatul Talib, 1/180)

#3 – Mengucapkan Hamdallah (Alhamdulillah)

Sendawa disebabkan kenyang itu merupakan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Ada jumhur ulama yang berkata bahawa apabila kita sendawa atas nikmat kekenyangan, maka ucapkanlah terima kasih kepadaNya kerana Dia yang telah memberikan rezeki tersebut.

Namun, ada juga jumhur ulama yang menyebut, jika sendawa bukan disebabkan kekenyangan – sama ada penyakit atau angin, maka tidak perlu mengucapkan apa-apa.

Dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafi’e yang menyebut bahawa jika sendawa itu merupakan sesuatu yang mengganggu, maka ia diqiyaskan dengan menguap. Jadi, lebih baik untuk mengucapkan ta’awudz – أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Syeikh Abdul Muhsin al-‘abbad hafizahullah berkata – “Tidak ada dalil yang menunjukkan ada zikir tertentu setelah bersendawa. Namun, memang benar bahawa seseorang hendaknya memuji Allah dalam setiap keadaan. Dan rasa kenyang yang diperoleh itu adalah nikmat Allah. Maka, tidak mengapa untuk mengucapkan hamdallah.” (Syarah Sunan Abi Daud, 19/429, asy-Syamilah)

Kesimpulan

Tuntasnya, sendawa merupakan perkara normal yang dilakukan oleh kita semua. Justeru, kita perlu menekankan adab-adab dalam menahan sendawa itu daripada menjadi gangguan kepada orang sekeliling.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami