Arnab merupakan salah satu haiwan komersial yang sesuai digunakan untuk ternakan dan pemakanan. Kini, ia mula digunakan secara meluas sehinggakan mendapat permintaan yang memberangsangkan.
Keadaan arnab yang mudah dijaga, mudah melahirkan anak dan tidak memerlukan kos yang tinggi membuatkan ramai usahawan baru yang berjinak-jinak untuk menceburi bidang tersebut.
Namun, wujud persoalan – adakah daging arnab halal dimakan?
Arnab merupakan sejenis haiwan mamalia dan mempunyai pelbagai jenis habitat. Mereka boleh tinggal di kawasan padang rumput, hutan, gurun dan tanah lembab, dengn mengikut kesesuaian habitat mereka.
Ia juga boleh menjadi sejenis hidupan liar dan boleh juga dijadikan haiwan ternakan yang menjadi sumber makanan kepada manusia.
Saad bin Abi Waqas, Abu Said Al-khudri, Ibnul Munzir dan beberapa orang sahabat lagi menyebutkan bahawa – keringanan diberikan kepada manusia untuk memakan daging arnab.
Hal ini kerana, mereka merupakan haiwan yang tidak bertaring dan tiada dalil yang menyatakan keharamannya. Disebabkan itu pernah diceritakan bahawa Saad bin Abi Waqas pernah memakan daging tersebut.
Anas RA berkata:
Maksud: “Kami terserempak dengan arnab lalu mengejarnya. Dan aku dapat menangkapnya serta membawa kepada Abu Talhah. Beliau sembelih dan memberi sebahagian kaki atau pahanya kepada Rasulullah SAW dan Baginda menerimanya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2572)
Tuntasnya, dapat difahami di sini bahawa hukum memakan daging arnab adalah halal dimakan. Jadi, tidak usah ragu-ragu dan boleh dilakukan penyembelihan seperti biasa untuk memakannya.
Wallahu a’alam.
Sumber:
Rumaysho.com
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.