Gaya Hidup

Bagaimana Adab Baginda SAW Ketika Menerima Hadiah

Oleh Fizah Lee  •  22 Jun 2020  •  2 min baca

Apa perasaan anda apabila menerima hadiah? Pasti hati berbunga-bunga dan berasa bahawa diri dihargai. Sama ada ia hadiah yang kecil atau besar atu mungkin juga harga yang tidaklah setanding produk-produk yang bertaraf antarabangsa, namun nilainya adalah lebih besar daripada itu.

Mengapa? Kerana ia datang daripada insan menghargai anda dan sentiasa mencuba untuk memberikan yang terbaik buat anda.

Kebiasaannya, apabila menerima hadiah, perbuatan lain yang akan kita lakukan ialah dengan mengucapkan terima kasih – sama ada dengan memuat naik tanda penghargaan tersebut ke dalam media sosial dan sebagainya, ia adalah perbuatan yang dibolehkan.

Syeikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin berkata – “Hadiah merupakan sebab persatuan dan rasa cinta. Apapun yang dapat menjadi sebab persatuan dan rasa cinta antara kaum muslimin, maka ia dianjurkan. Diriwayatkan Nabi SAW berkata: “Hendaklah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” Terkadang, memberi hadiah itu lebih baik dan terkadang sedekah itu lebih baik (pada keadaan tertentu).”

Antara adab apabila ada yang memberikan hadiah, maka perlu menerima hadiah tersebut walaupun kita sudah mempunyai barang tersebut atau tidak menyukainya.

Bahkan, terdapat hadis daripada Baginda SAW yang melarang umatnya untuk menolak hadiah dan pemberian;

أَجِيبُوا الدَّاعِيَ، وَلَا تَرُدُّوا الْهَدِيَّةَ

Maksud: “Hadirilah undangan dan jangan tolak hadiah.” (Al-Adab Al-Mufrad 157)

Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada si pemberi merasa sakit hati atau berasa bahawa pemberiannya tidak dihargai.

Dalam sunnah lain yang boleh dilihat ialah Baginda SAW membiasakan diri untuk membalas pemberian tersebut walau dengan sekecil-kecil perkara. Apa yang paling penting ialah ikhlas.

يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيبُ عَلَيْهَا

Maksud: “Baginda SAW biasa menerima hadiah dan biasa pula membalas pemberian tersebut.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 3536)

Perbuatan membalas hadiah yang diberikan itu adalah sunnah dan merupakan sebagai salah satu tanda penghargaan kepada si pemberi.

Selain daripada membalasnya dengan doa dan ucapan terima kasih, anda juga boleh membalasnya dengan memberi hadiah. Tidak semestinya memberi hadiah yang sama nilai atau sama mahal, asalkan anda ikhlas dan mengikut kemampuan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami