Gaya Hidup

Anda Boleh Membaca 3 Qul Pada Tiga Waktu Ini

Oleh Fizah Lee  •  21 Jun 2020  •  2 min baca

Antara surah yang paling mudah dan ringkas yang sering diajarkan kepada kita sejak kecil ialah 3 Qul yang merangkumi Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.

Surah-surah ini banyak kelebihannya, malah Baginda SAW sering mengamalkannya dan ramai dalam kalangan para sahabat yang sangat mencintai surah-surah ini.

Kebiasaannya, ia akan dibaca dalam satu ‘pakej’, iaitu secara bertiga. Kalau di dalam solat pula, pasti ramai yang akan mengamalkannya kerana ia mudah dan senang untuk dihafal.

Ia bukanlah suatu kesalahan. Setiap surah apa yang dibaca di dalam solat itu tidak menjadi permasalahan asalkan si pembacanya boleh memahami dan menghayati apa yang dibaca. Dalam masa yang sama, keterujaan untuk bersolat itu boleh hadir kerana dapat membaca surah kegembiraan.

Maksud: “Ada seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai surah ini, Qul huwallahu ahad (surah Al-Ikhlas).” Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya dengan mencintainya dapat memasukkanmu ke syurga.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2901)

Adapun, selain daripada membacakan surah ini di dalam solat, terdapat beberapa waktu lain yang digalakkan juga untuk mengamalkan surah ini, iaitu:

#1 – Waktu Pagi Dan Petang

Dari Mu’adz bin Abdullah bin Khubaib, dari bapanya ia berkata,

Maksud: “Pada malam hujan lagi gelap gelita, kami keluar mencari Rasulullah SAW untuk solat bersama kami, lalu kami menemuinya. Baginda bersabda: “Apakah kalian telah menunaikan solat?” Namun, sedikit pun aku tidak berkata-kata. Baginda bersabda: “Katakanlah.” Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian Baginda bersabda: “Katakanlah.” Hingga aku berkata: “Wahai Rasulullah, apa yang perlu aku katakan?” Baginda bersabda: “Katakanlah (bacalah) surah Al-Ikhlas dan surah Al-Falaq dan An-Nas ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali. Maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 5082)

#2 – Sebelum Tidur

Maksud: “Nabi SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda akan mengumpulkan kedua tapak tangannya. Lalu, kedua tapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas.

Kemudian, Baginda akan mengusapkan kedua telapak tangan tadi kepada anggota tubuh bermula dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sedemikian sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5017)

#3 – Dibaca Selepas Solat Fardu

Maksud: “Rasulullah SAW memerintahkan kepadaku untuk membaca surah ini pada selepas solat.” (Hadis Riwayat An-Nasai, no. 1336)

Kesimpulan

Tuntasnya, ambillah peluang untuk mengamalkan surah yang senang dihafal ini untuk menjadikan ia sebagai surah yang sebati dalam hidup kita.

Walaupun ayatnya pendek-pendek dan ia kelihatan ringkas, namun sebenarnya ia membawa kepada kelebihan yang sangat besar kepada kehidupan anda.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami