Oleh Natirah Azira • 12 Jun 2020 • 3 min baca
Besarnya sunnah berdoa apabila dianjurkan membacanya pada bila-bila masa hatta dalam solat. Selain daripada bacaan yang kita biasa baca dalam solat, sebenarnya dibolehkan juga membaca beberapa jenis doa lain di tempat-tempat tertentu dalam solat.
#1- Di Dalam Sujud
Anjuran membaca doa di dalam sujud ini disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang menekankan bahawa saat seseorang itu paling hampir dengan Tuhan adalah ketika sujud.
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya : “Keadaan hamba yang paling hampir dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud. Maka perbanyakkanlah doa.” (Riwayat Muslim, no.744)
#2- Selepas Tasyahud Akhir (Tahiyat Akhir)
Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Mas’ud, beliau berkata:
Maksudnya : “Kami pernah berkata di dalam solat yang diimami oleh Nabi SAW : Salam sejahtera ke atas Allah dan salam sejahtera ke atas fulan. Lantas pada suatu hari, Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Allah bersifat dengan sifat Al-Salam. Jika kalian duduk (duduk tahiyat) di dalam solat maka sebutlah:
Penghormatan dan doa yang baik hanya kerana Engkau. Salam sejahtera ke atas engkau wahai Nabi. Dan juga limpahan rahmat dan berkat-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan juga ke atas hamba Allah yang soleh. Jika dia kata yang demikian maka ianya akan menimpa ke pada semua hamba Allah di langit dan bumi. Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Kemudian dia boleh minta apa sahaja yang dia mahu.” (Riwayat Muslim, no.402)
#3- Qunut Di Dalam Solat Sunat Witir
Cucu baginda SAW iaitu Hasan bin Ali r.a pernah berkata yang bermaksud:
Maksudnya: Datuk aku iaitu Rasulullah SAW mengajarkan aku beberapa kalimat yang aku sebutkan di dalam qunut witir. Kalimat (doa) tersebut ialah Wahai Allah berikan hidayah kepada aku sebagainya orang yang telah Engkau berikan hidayah, berikan aku kesihatan sebagaimana orang yang telah Engkau berikan kesihatan, bantulah aku sebagaimana orang yang telah Engkau bantu, peliharalah aku daripada keburukan yang telah Engkau tetapkan, berkatilah aku terhadap apa yang telah Engkau berikan.
Sesungguhnya Engkau yang menetapkan dan tiada apa yang mengatasi Engkau. Sesungguhnya tidak akan hina hamba yang patuh kepada Engkau. Maha suci Engkau Wahai Tuhan kami. Engkau Maha Suci dan Maha Tinggi.” (Riwayat Ibnu Majah, no.1168)
1. Doa Istiftah – Dibaca sejurus selepas takbiratul ihram.
Contoh doa yang biasa kita baca seperti:
2. Ketika Rukuk Dan Sujud
Antara bacaan yang biasa kita baca dalam rukuk dan sujud adalah kata-kata pujian kepada Allah SWT iaitu;
“Subhanarobbiyal ‘adzimi wabihamdih”
(Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung Dengan Sifat KepujianNya)
“Subhanarobbiyal ‘a’la wabihamdih”
(Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi Dengan Sifat KepujianNya)
Boleh juga menambah doa yang pernah diceritakan oleh Ummul Mukminin Aisyah r.anha yang biasa dibaca oleh Nabi SAW dalam rukuk dan sujud iaitu;
(Maha Suci Engkau Ya Allah, Tuhan kami. Dengan pujian kami untuk Engkau Ya Allah, ampunkan aku).” (Riwayat Al-Bukhari, no. 817)
3. Selepas Bangkit Daripada Rukuk
4. Di Antara Dua Sujud
Ibnu Abbas berkata :
Maksudnya: “Baginda menyebut di antara dua sujud اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَاهْدِنِي وَارْزُقْنِي (Ya Allah, ampunkan aku, rahmati aku, gantikanlah aku yang lebih baik, berikan hidayah kepadaku dan berikanlah rezeki kepada aku.” (Riwayat Al-Tirmizi, no.284)
Demikian jenis-jenis doa yang disunatkan untuk dibaca dalam solat. Kita boleh mengamalkan terlebih dahulu doa yang mudah dan sesuai dengan keadaan. Semoga dengan usaha membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, solat kita akan menjadi lebih bermakna dan berkualiti.
Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.