“Bunuhlah cicak, nanti dapat pahala.”
Begitu pesanan yang diujarkan pada kita sejak kecil. Cicak tergolong dalam binatang yang sunnah dibunuh kerana beberapa sebab.
Pertama, kerana ia adalah binatang fuwaisiq (perosak).
Diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqaz:
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak, dan disebutnya sebagai Fuwaisiq (binatang kecil yang mendatangkan kerosakan).” (Hadis riwayat Muslim, no. 2238)
Kedua, kerana pernah dinukilkan bahawa ia pernah meniupkan (menyemarakkan) api yang membakar Nabi Ibrahim AS.
Diriwayatkan oleh Ummu Syarik r.anha:
Maksudnya: Sesungguhnya Rasullullah SAW memerintahkan supaya membunuh cicak. Dan Baginda bersabda “Sesungguhnya cicak itu meniup (menyemarakkan) api yang membakar Ibrahim AS” (Sahih al-Bukhari, no.3359)
Ada pahala yang diperuntukkan buat orang yang membunuh cicak dan pahala yang paling banyak adalah pada pukulan yang pertama dan semakin berkurang pada pukulan-pukulan yang seterusnya.
Hal ini kerana, cicak tetap tidak boleh diseksa ketika membunuhnya sama seperti binatang-binatang lain juga. Membunuh pada pukulan pertama akan mengurangkan keseksaannya dan itulah cari yang paling baik. Wallahua’lam.
Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.