Gaya Hidup

Hati-Hati Dalam Menghukum Pendosa

Oleh Fizah Lee  •  5 Jun 2020  •  2 min baca

Pernah tak anda melihat penjenayah dengan perasaan yang jelek dan merasakan bahawa diri anda lebih baik daripada mereka?

“Dia tu pembunuh. Memang layak masuk neraka. Meringkuklah dalam penjara sampai tua.”

Nah, ini adalah contoh ayat yang sering kita dengar tatkala melihat orang yang melakukan dosa besar. Bukan itu sahaja, kadang-kadang jika melihat orang yang melakukan dosa kecil pun, kadang-kadang hati kita akan melemparkan tohmahan seolah-olah hanya kita yang layak ke syurga.

“Dia ini selalu tinggal solat. Mesti banyak dosanya.”

Bahkan, banyak lagi situasi dan contoh dialog hati yang pernah terlintas. Bila berlaku sedemikian, eloklah jika anda beristighfar dan hilangkan pemikiran sedemikian.

Wajib ke atas kita untuk membenci kemungkaran dan dosa yang dilakukan. Namun, berdosa sekiranya kita menghukum dan menjelek-jelekkan insan yang terpalit dalam dosa itu.

Hukuman bukan tugas manusia, sebaliknya Allah. Sebagai manusia, kita perlu mengambil iktibar daripada setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita.

Ibnu Qayyim RA berkata:

وَكُلُّ مَعْصِيَةٍ عُيِّرَتْ بِهَا أَخَاكَ فَهِيَ إِلَيْكَ يَحْتَمِلُ أَنْ يُرِيْدَ بِهِ أَنَّهَا صَائِرَةٌ إِلَيْكَ وَلاَ بُدَّ أَنْ تَعْمَلَهَا

Maksud: “Setiap maksiat yang dijelek-jelekkan pada saudaramu, maka itu akan kembali padamu. Maksudnya engkau boleh dipastikan melakukan dosa tersebut.” (Madarijus Salikin, 1/176)

Justeru, jangan memburuk-burukkan orang yang melakukan dosa. Jangan pula menghukum mereka seolah-olah anda tidak pernah melakukan dosa. Sebaliknya bencilah dosa yang dilakukan dan bukan si pelakunya.

Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran diri kita dan si dia.

Wallahu a’alam.

Sumber;
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami