Gaya Hidup, Hukum

Hukum Meminta-Minta Duit Raya Daripada Orang Lain

Oleh Fizah Lee  •  5 Jun 2020  •  2 min baca

Terkini, hangat di media sosial berkenaan perbuatan warga net yang memaparkan nombor akaun bank masing-masing yang dijadikan sebagai trend baru untuk meminta duit raya.

Ada juga yang menyertai give away duit raya dengan perlu mengikut syarat-syarat yang diletakkan. Dalam situasi ini, ia boleh disertai jika syarat-syarat dan pertandingan tersebut tidak terkandung perkara yang haram atau melanggar syariat.

Namun, dalam isu keselamatan, sebenarnya ia adalah tidak digalakkan untuk menayangkan nombor akaun bank di tempat umum terutamanya secara atas talian bagi mengelakkan akaun bank daripada digodam.

Adapun, sebenarnya apakah hukum meminta-minta sedekah atau duit raya, tetapi anda sebenarnya seorang yang mampu?

Jumhur ulama menyebut bahawa haram hukumnya meminta-minta sedekah tanpa sebarang keperluan yang darurat atau masih mampu. Larangan ini ada dinyatakan berdasarkan hadis Abu Hurairah:

لاَ تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ وَلاَ لِذِي مِرَّةٍ سَوِيٍّ

Maksud: “Tidak halal menerima sedekah bagi orang kaya dan orang yang sihat tubuh badannya (untuk bekerja).” (Hadis Riwayat An-Nasaie, no. 2597)

Dalam riwayat lain juga ada disebut oleh Sahl Ibn Hanzaliyyah RA yang menceritakan perbualan Nabi SAW:

(مَن سأَل وعندَه ما يُغنيه فإنَّما يستكثِرُ مِن جمرِ جهنَّمَ ) قال: يا رسولَ اللهِ وما يُغنيه ؟ قال:) (ما يُغدِّيه ويُعشِّيه)

Maksud: “Barangsiapa yang meminta-minta, padahal dia mempunyai sesuatu cukup untuk dirinya, maka bererti hanya memperbanyak bara api neraka jahannam.” Lalu, para sahabat bertanya: “Bagaimana yang dikatakan cukup baginya?” Baginda menjawab: “Sesuatu yang mencukupi untuk makan siang dan malam.” (Riwayat Abu Daud, no. 1629)

Kesimpulan

Jika terdapat keperluan yang mendesak, maka dibolehkan untuk meminta sedekah. Namun, jika tiada keperluan yang mendesak, maka dilarang untuk meminta-minta.

Duit raya ialah tradisi kaum kita yang diberikan kepada sanak saudara dan jiran tetangga. Ia tidak menjadi permasalahan dalam mengamalkannya. Namun, jika diminta-minta, maka perkara itu adalah tidak digalakkan.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami