Hukum, Wanita

Benarkah Tak Boleh Berbuka Jika Niat Berpuasa Ganti

Oleh Fizah Lee  •  2 Jun 2020  •  2 min baca

Usai puasa selama sebulan di bulan Ramadan, pasti ada dalam kalangan umat Islam yang mempunyai hutang puasa terutamanya dalam kalangan wanita. Ada yang disebabkan hamil, menyusukan anak atau haid. Semua itu perlu digantikan kerana ia adalah hutang puasa wajib dengan Allah.

Apabila telah memilih hari untuk berpuasa, seseorang itu perlu berpuasa dengan baik seolah-olah ia berpuasa pada bulan Ramadan. Hal ini kerana, ia adalah puasa wajib yang perlu dilaksanakan hutang puasanya.

Jika berpuasa di bulan Ramadan, seseorang itu tidak boleh berbuka puasa secara sengaja tanpa alasan yang kukuh.

Jadi, apabila menggantikan puasa ini, adakah dibolehkan juga untuk membatalkan puasa ini tanpa alasan yang kukuh seperti sakit atau uzur syarie?

Dalam hal ini, jumhur ulama telah menyatakan bahawa tidak boleh membatalkan apa-apa amalan wajib apabila telah mula melakukannya kecuali dengan adanya uzur syarie.

Al-Imam Ibnu Qudamah melalui nukilannya dalam Al-Mughni:

Maksud: “Sesiapa yang telah melakukan puasa wajib seperti puasa qadha Ramadan, nazar muayyan atau mutlaq atau puasa kaffarah. Tidak dibenarkan untuknya membatalkan amalan tersebut. Ini kerana, perbuatan fardu ain wajib untuk ia lakukan. Adapun, yang bukan fardu ain, ia akan menjadi fardu ain apabila telah melakukannya. Ia sama dengan kedudukan fardu ain. Tiada khilaf dalam hal ini.” (Al-Mughni, 3/60)

Dalam hal ini, wajib ke atas anda untuk menyempurnakan puasa ganti tersebut sehingga ke akhirnya. Hal ini sama dengan puasa wajib yang lain seperti puasa nazar atau kaffarah.

Imam Abu Yahya Zakariya Al-Anshari melalui kitabnya Fathul Wahhab ada menyebut:

Maksud: “Dan diharamkan membatalkan ibadah fardu ain.”

Adapun, jika anda berniat untuk membatalkan niat puasa ganti itu sebelum terbit fajar, maka ia adalah dibolehkan. Hal ini kerana, puasa itu bermula setelah terbit fajar.

Kesimpulan

Puasa qada Ramadan itu adalah termasuk dalam ibadah fardu ain. Ia adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam.

Tuntasnya, tidak boleh membatalkan puasa ganti yang dilakukan tanpa niat yang kukuh atau uzur syarie.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Muslim.or.id
Konsultasi Syariah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami